“Jangan Ambil Kesempatan Di Atas Kesemp1tan Orang” – Awal Ashaari

Kemelut antara pengacara terkenal Awal Ashaari dengan syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry makin berlanjutan apabila sudah dibawa ke mahk4mah.

Awal berdepan dengan sam4n apabila syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta.

Walaubagaimanapun, Awal menyatakan dia tidak menerima sebarang dokumen mahk4mah sehingga semalam (17 November).

“Setakat ini saya tidak pernah menerima sebarang dokumen mahkamah untuk mengesahkan berita ini. 

“Tetapi saya telah mengarahkan peguam saya, Azlan bin Abdul Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates untuk menerima sebarang dokumen tersebut bagi pihak saya,” katanya menerusi sebuah entri di Instagram Stories.

Menerusi posting yang berbeza, Awal berkongsi sebuah rakaman perbualan seorang pelanggan bersama syarikat itu.

Suami kepada aktres Scha Alyahya ini turut berkongsi ‘screenshot’ WhatsApp bersama pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa.

“Kongsi sikit perbualan saya dengan @azrianna isteri kepada boss @nazcarpentry.

“Sama tak display picture dia? Jadi semua beritahu saya. Saya fitn4h dia ke? Atau memang tu modus operandi syarikat ni?

“Konon kata saya fitn4h dan malvkan dia. Ni bukan fitn4h ya. Ini untuk memberi pengajaran kepada awak. Jangan ambil kesempatan di atas kesemp1tan orang,” tulisnya lagi.

Terdahulu, beberapa buah portal melaporkan pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa mengeluarkan kenyataan mendakwa pengacara itu berniat jah4t merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.

Disebabkan itu, Awal tampil mempertahankan diri dengan menyatakan dia mempunyai semua bukti yang menunjukkan pemilik dan syarikat hiasan itu tidak memberi kerjasama yang baik.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak