Ibu, bapa, adik dan pembantu peribadi Alif Satar turut positif Cov1d-19

Kuala Lumpur: Ibu, bapa, adik bongsu dan pembantu peribadi Alif Satar turut disahkan positif Cov1d-19 hari ini selepas penyanyi dan pelakon popular itu disahkan positif wab4k itu, semalam.

Pengurus Alif, Adlina Abu Bakar ketika memaklumkan perkara itu berkata, ibu bapa Alif, Nor Hafiza Muhammed, Mohamed Satar Ramli dan adiknya yang dikenali sebagai Jim menjalani ujian saringan, kelmarin. 

Alif kini dir4wat dan menjalani kuar4ntin di sebuah pusat perubatan di Melaka.

Menurut Adlina, isteri Alif, Sha Dila Hadid dan anak-anak mereka iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga sudah menjalani ujian swab hari ini dan sedang menunggu keputusan.

Bagaimanapun, Adlina bersyukur apabila keputusan ujian swab yang diterimanya hari ini negatif selepas melakukan ujian itu kelmarin.

“Alhamdulillah keputusan saya, kumpulan The Locos serta jurutera audio peribadi yang terbabit pada hari pertama separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) negatif. Namun sebagai langkah berjaga-jaga kami akan kekal berada di rumah untuk menjalani proses kuar4ntin selama 14 hari.

“Saya enggan mengambil sebarang ris1ko dan berharap rantaian wab4k ini dapat diputuskan dengan segera. Saya juga berharap rakan-rakan artis, kru produksi serta mana-mana individu yang mempunyai kontak rapat dengan kami juga terhindar daripada wab4k ini,” katanya.

Menurut Adlina, ketika ini Alif memohon doa orang ramai supaya isteri dan anak-anaknya tidak dijangk1ti w4bak terbabit dan segala urusan dipermudahkan.  

“Terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan dan memberi sokongan moral. Alif pesan kepada saya dan berharap semua orang mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dijauhkan dari Cov1d-19 sebab mereka baru saja menjalani ujian saringan pagi tadi. 

“Kita sama-sama doakan semoga kesihatan Alif akan segera pulih. Saya meminta jasa baik semua pihak supaya tidak menyebarkan kebenc1an atau fitn4h ketika Alif sedang berdepan ujian,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM