Baru Je Eizlan Nak Sam4n, Sekali Hans Isaac Buat Kenyataan Yg Mengeejutkan

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac memohon maaf kepada Datuk Seri Eizlan susulan dakwaan mengaitkan Eizlan yang juga Ahli Perbadanan Finas terbabit dalam penyalahgunaan kuasa membabitkan syarikat produksi Exellent Pictures Sdn Bhd sehingga mendapat geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Finas.

Hans berkata, dia menghantar satu mesej dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada 16 November lalu dengan mengucapkan tahniah kepada tiga syarikat yang dipilih untuk menerima DKD 2020 daripada Finas, termasuk Excellent Pictures Sdn Bhd.

“Dalam mesej itu, saya membuat kesilapan dengan mengaitkan Datuk Seri Eizlan Yusof dan Excellent Pictures Sdn Bhd. Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya. Pada hakikatnya, saya bersiap sedia untuk merakamkan pembetulan beserta permohonan maaf kepada Eizlan semalam sebaik sahaja saya sedar akan kesilapan itu, tetapi sebelum sempat saya berbuat demikian, saya dimaklumkan bahawa beliau sudah menghantar surat peguam kepada saya,” katanya.

Hans dalam satu kenyataan berkata, dia sudah menghubungi Eizlan melalui peguamcara untuk mengeluarkan kenyataan pembetulan.

“Saya sudah menghubungi Eizlan melalui peguamcara saya untuk mengeluarkan kenyataan pembetulan berhubung dengan kesilapan ini. Saya sekali lagi ingin memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan yang tidak disengajakan. Saya amat berharap kita dapat buang yang keruh dan ambil yang jernih. Semoga kita dapat terus memajukan industri perfileman negara bersama,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan Eizlan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Hans berikutan dakwaannya itu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Harian Metro