“Akan Melahirkan Bayi Kembar Pagi Ini” – Dr Sheikh Muszaphar

Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor memaklumkan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos bakal melahirkan anak kembar mereka pada pukul 9 pagi ini melalui kaedah pemb3dahan.

Menerusi laman sosial Instagram, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi sebuah video bilik bayi yang telah cantik berhias sedia menanti kehadiran orang baru.

“Dr Halina akan dimasukkan ke hospital untuk C-Section pada pukul 9 pagi. Ini yang terbaik untuk ibu dam bayi. Kami dinasihatkan untuk melahirkan bayi tersebut pada minggu lalu tapi berjaya bertahan sehingga 35 minggu. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

“Dalam kes pre-eclampsia, satu-satunya raw4tan yang ada adalah melahirkan bayi itu. Ia berisiko untuk menunggu lebih lama. 

“Kami memilih hari Jumaat 20.11.20 dengan harapan ia akan menjadi baraqah untuk semua. Semoga Allah permudahkan segalanya,” tulisnya sebagai kapsyen. 

Dr Sheikh juga memohon orang ramai untuk mendoakan keadaan isteri dan anak kembarnya sentiasa terpelihara. 

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan doa agar proses kelahiran anak kelima pasangan ini berjalan lancar. 

Malah, ada yang turut memuji kecantikan bilik tidur bayi yang dilengkapi kertas dinding wajah anak-anaknya. 

“Semoga esok semuanya selamat. Tak sabar nak tengok kembar baru,” kata seorang wargamaya.

“20.11.20, cantiknya tarikh,” puji seorang wargamaya.

“Selamat menyambut ahli keluarga baru. Semoga Dr Halina dan bayi kembar sihat sejahtera,” ucap seorang wargamaya.

“Cantik sungguh wallpaper bilik baby,” tulis seorang wargamaya.

“Semoga dipermudahkan. Esok anak saya berusia dua tahun. Jadi mereka ada tarikh lahir yang sama,” komen seorang wargamaya lagi. 

Sehingga kini, video bilik bayo tersebut telah menerima hampir 100,000 tontonan daripada warga Instagram. 

Minggu lalu, Dr Sheikh memaklumkan isterinya berdepan kandungan yang membimbangkan dan boleh menyebabkan ny4wa ibu serta bayi berada dalam keadaan bah4ya jika tidak dir4wat.

Sekadar info, pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak