“Ya Allah Syukur Atas Hidayah Untuknya…,” – Dalam Syukur Si Ibu Dakap & Kucup Neelofa, Penampilan Niqab Disambut Baik Semua

Ibu kepada hos dan ahli perniagaan berjaya, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed ada memuat naik sepotonh video pendek yang nyata mencuri perhatian wargamaya, hari ini.

Video yang berdurasi kurang 20 saat itu merakamkan dirinya yang mendakap dan mengucup Neelofa yang dilihat tampil mengenakan niqab dan tudung serba putih.

“MashaAllah, mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dgn karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang bnyk mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yg kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yg terbaik untuk ku , seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiin.

“Love you bidadariku @neelofa #anakluarbiasa,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya turut menyambut baik terhadap kapsyen yang dinukilkan Kartini selain mendoakan yang terbaik buat Neelofa sekeluarga.

Moment sama turut dikongsikan Neelofa menerusi Insta Stories di Instagram.

Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 50,000 kali.

Foto: Instagram Datin Noor Kartini, Neelofa

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH