“Saya Pernah Gvgur Dua Kali” – Yana Samsudin

Pelakon dan penyanyi Yana Samsudin mended4hkan anak lelakinya, Aisy Mateen adalah individu pertama yang mengetahui tentang berita kehamilannya.

Ketika dihubungi Gempak, Yana, 36, berkata Mateen pernah bertanyakan mengenai baby ketika hari sambutan ulang tahun perkahwinannya kali kelima pada bulan Februari lalu.

“Masa sambutan hari ulang perkahwinan saya dan Fadzil, Mateen ada sekali. Mateen ada cakap dekat saya, ‘mummy ada baby eh’ sambil dia tepuk perut. 

“Dia tanya juga dah jumpa doktor ke? Saya cakap dah. Saya dengan yakin jawab sebab masa tu saya baru habis per1od. 

“Bila kira-kira balik dengan tarikh dijangka bersalin tu, masa tu saya memang dah meng4ndung,” katanya.

Sementara itu, pelakon filem Bini-Biniku Gangst3r menyatakan dia sudah dua kali mengalami kegVguran.

“Sebenarnya saya dah dua kali tak jadi (gVgur). Ada yang sembilan minggu dan ada 12 minggu. 

“Masa sambutan tu saya dalam pemantauan doktor. Itu yang tak terfikir langsung saya hamil,” katanya lagi.

Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.

Dalam perkembangan terkini, pemilik nama Norliana Samsudin merupakan peserta ketiga tersingkir dalam program The Masked Singer Malaysia.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak