“Muka Jawa Pec4h Nak Cakap English” Gadis Cantik Ini Dik3cam Rakan Sendiri.

Kita semua tahu Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua pertuturan di Malaysia dan itu membuatkan ramai orang berusaha untuk mempelajari bahasa tersebut.

Tak salah pun kalau seseorang itu gemar berbahasa Inggeris di media sosial untuk tujuan content atau suka-suka sebab ada sesetengah orang lebih selesa berbahasa Inggeris kan?

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syasya ada kongsikan kata-kata neg4tif yang diterimanya daripada salah seorang rakannya kerana terlampau kerap berbahasa Inggeris di media sosial.

Menurutnya itu bukan pertama kali dia menerima kata-kata begitu tetapi disebabkan ayat sedemikian sering keluar daripada mulut rakannya, dia mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di twit berkenaan berasa tidak setuju dengan kata-kata kas4r itu dan beranggapan tiada salahnya kalau kita nak bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Dalam masa yang sama ramai yang mempersoalkan mengapa perlu diberi perumpamaan ‘berbahasa Inggeris tetapi muka Jawa?”

Selain itu, ada juga yang memberi pendapat bahawa ‘rakan’ yang gemar bergurau kasar ini kadang-kala menjengkelkan dan pastinya kalau kata-kata itu diberi semula kepadanya, mesti dia juga akan rasa marah.

Ada orang tak kisah kalau bergurau kasar tetapi setiap gurauan kasar itu ada had yang mana sekiranya melampaui batas pasti akan mengganggu fikiran seseorang itu.

Kepada sesiapa yang gemar untuk berbahasa Inggeris di media sosial, teruskan sahaja kerana dengan cara itu sedikit sebanyak dapat mengasah lagi penggunaan bahasa tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HOT FM