LAPAN bulan pemerg1an suami tercinta, balu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Nor Hidayah mengakui perjalanan hidupnya sukar tanpa insan tersayang di sisi.
Meskipun terpaksa menahan kerinduan, Hidayah berkata dia kuatkan diri dan cekalkan hati untuk meneruskan kehidupan bersama anak tunggal mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
“10.10.2020… lapan bulan abang (Abam) pergi, yang hidup pasti akan m4ti, sayang (merujuk dirinya) akan menyusul kemudian abang.
“Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi… sangat sukar, sangat susah dan sangat sakit nak lalui semua tapi kekuatan sayang, keluarga… Alhamdulillah sayang bangun untuk capai impian kita,” katanya menerusi laman Instagram.
Sementara itu, Nor Hidayah berkata dia masih memegang janji dan amanat yang ditinggalkan oleh arw4h.
Perkongsian Hidayah di Instagram.
Malah, dia turut meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki sebuah kedai makan tercapai hasil doa orang ramai.
“Sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya, InsyaAllah!
“Sekarang sayang dah ada kedai berkat doa dari semua orang. Aku yakin pada-Mu Ya Allah, aku yakin rancangan-Mu.
Hidayah bersyukur sudah mampu miliki kedai untuk meneruskan perniagaan.
“Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya… Al-Fatihah buat suamiku Syed Umar Mokhtar!,” ujarnya.
Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.
Allahy4rham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan men1nggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami dem4m p4nas.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Mstar