“Dulu kutvk Neelofa, sekarang…” – Sarah Hildebrand dikec4m netizen, buka kisah lama susulan tindakan buka tudung

KETIKA pelakon dan pengacara Neelofa dipuji ramai kerana mengenakan purdah, aktres Sarah Hildebrand pula menerima nasib yang sebaliknya.

Menurut Sarah atau nama sebenar Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, dia menerima pelbagai mesej negatif termasuk dikaitkan dengan penghijrahan Neelofa.

“Saya menerima banyak mesej seperti ini! Untuk anda yang mengikuti saya sama ada ikhlas atau tidak… ini adalah contoh tentang sesuatu yang tak boleh dikatakan kepada seseorang.

“Jangan jadi macam ni. Ini bukan contoh yang baik dan saya tak mahu ada antara anda menjadi terlalu rendah sebegini (moral).

“Sekiranya peminat saya bersikap seperti ini, saya akan berasa malu,” katanya.

Luah4n Sarah di Instastory.

Sarah menulis luahan hatinya itu menerusi Instastory pada Jumaat.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik salah satu mesej peribadi yang diterima daripada netizen.

“Dulu kutuk Neelofa… sekarang Lofa dah berubah ke arah yang lebih baik tapi kau pula berubah ke arah… hmmm,” tulis netizen berkenaan.

 

Ingat sesiapa pun boleh berubah pada bila-bila masa. Akhirnya, apa yang penting ialah keikhlasan dan hati yang suci.

SARAH HILDEBRAND

PELAKON

Sebelum ini 2018, Sarah dikatakan pernah mengkrit1ik Neelofa kerana mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah kel4b malam.

Sementara itu, Sarah berkata setiap manusia boleh berubah dan apa yang penting adalah memiliki hati yang baik.

Malah, dia turut memuji peminat yang sentiasa memberikan mesej-mesej positif dan mendoakan yang terbaik untuk dia dan suami, Otto Gillen.

Sarah puji netizen beri kata-kata positif.

“Ingat sesiapa pun boleh berubah pada bila-bila masa. Akhirnya… apa yang penting ialah keikhlasan dan kesucian hati,” katanya.

Pada Rabu lalu, Otto menerusi Instagram berkata dia menyokong apa jua keputusan yang dibuat oleh aktres itu.

“Saya memberi sokongan penuh semua keputusan peribadi yang dibuatnya. Itu saja satu-satunya maklum balas saya. Jangan mesej saya,” tulisnya.

Sarah Hildebrand berkahwin dengan jejaka berdar4h kacukan Filipina dan Amerika Syarikat itu pada 3 November tahun lalu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar