“Dia Telah Menghuru-Harakan..,” – Anak Sheila Rusli Ded4h Jadi M4ngsa

Instafamous yang juga anak pelakon dan pengarah, Sheila Rusli, Uzair Haqimy mendakwa dirinya telah menjadi m4ngsa pen1ipuan rakan kongsi sehingga menyebabkan bisnesnya terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Menurut Uzair, sekarang bukanlah masanya untuk meratapi perkara tersebut, sebaliknya dia hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk menstruktur semua perjalanan syarikatnya itu.

Adik Fasha Sandha juga turut komen

“Rakan kongsi saya telah men1pu saya dan dia telah menghuru-harakan syarikat. Tak perlulah saya berkongsi mengenai perkara tersebut.

“Cukuplah ia sekadar penjelasan buat anda semua mengapa syarikat saya Luxamana masih lagi ditutup sehingga sekarang.

“Tidak perlu lagilah kita bercerita mengenai masalah ini kerana sekarang merupakan waktu untuk mencari solusinya. Perusahaan saya belum lagi berakhir.

“Kami sedang menstruktur semula perancangan bagi tahun 2021.

“Kami telah kehilangan pelanggan dan juga kepercayaan mereka kerana masalah ini. Saya cuma berharap agar saya dapat mengembalikan semula reputasi syarikat saya.

“Semoga hari ini lebih baik daripada semalam,” kongsinya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh anak muda berusia 24 tahun itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Malah, Sheila juga ada memberikan reaksinya berhubung kenyataan anaknya itu.

“I’m behind you all the way son,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut memberikan kata-kata semangat selain mendoakan semoga segala urusan Uzair dipermudahkan.

Sumber: Instagram Uzair Haqimy

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH