“Abang Tak Sempat Nak Memohon Maaf Daripadanya…” – Afdlin Shauki

Penyanyi, pelakon, pengarah dan pengacara Datuk Afdlin Shauki mempunyai sebab tersendiri mengapa dia mengambil pendekatan untuk mengurangkan entri yang berbentuk komentari sosial dan politik di Instagram miliknya.

Pemergian orang-orang yang tersayang dalam tempoh yang dekat dan kerana usia yang semakin meningkat merupakan sebab utama Afdlin mengurangkan entri-entri tersebut.

“Di usia abang sekarang dan selepas pemerg1an ibu, ayah dan adik abang dalam masa yang sangat terdekat. Ada satu insiden yang bermain di minda. Kerana berpemikiran positif yang bonda akan selamat dari pembed4han jantvng yang di katakan rutin, abg tak sempat nak memohon maaf daripadanya sebelum beliau memasuki bilik bed4h.

“Dan semua tahu yang ibu abang telah pergi selepas pemb3dahan itu. Jadi realisasi paling besar bagi abang adalah kadang kadang kita ni lupa yg Allah SWT sudah set aj4l kita dan bila tiba masanya, positive macam mana minda kita pun takkan mengubah anything,” tulis Afdlin di Instagram miliknya.

Tambah Afdlin, dia juga ingin memohon maaf kepada sesiapa yang pernah rasa sakit hati dan kepada mereka yang ada merasakan dirinya melakukan kesalahan.

“Apa yang abang buat sekarang adalah lebih kepada action more than words. Nak buat baik kita buat ajalah, social media ni adalah platform paling mudah kita membuat dosa jika kita mengeluarkan pendapat dalam keadaan marah atau terfitn4h orang berdasarkan informasi tak tepat.

“Jadi korang akan tengok kerja abang saja di social media dan perkara-perkara happy dan personal abg sahaja. Kepada yang mengata atau memfitn4h abang, abang maafkan semuanya,” tulis Afdlin.

Tambahnya lagi, kita tidak akan tahu fakta yang sebenar kecuali kita nampak dengan mata kepala kita sendiri tentang sesuatu perkara yang terjadi.

“Jadi kita sangka baik saja semua benda yang tengah kecoh dekat social media macam kes kawan-kawan kita yg berada dalam kesusahan. Jom kita buat media social ni tempat yang kita dapat ilmu dan berhibur secara baik. Diam tak bermakna lemah. Kekuatan datang dari kesabaran dan undang-undang Allah dan kehakiman di dunia,” tulis Afdlin lagi.

Ibu Afdlin, Allahyarham Fadzillah Jelani men1nggal dun1a pada 15 Oktober 2018 di Institut Jantvng Negara (IJN) selepas menjalani pemb3dahan pintasan jantvng pada 9 Oktober.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mungkin ramai yang perasan yg abg dah kurang posting yg berbentuk komentari sosial dan politik sekarang dan mungkin ramai yang tertanya kenapa. Jawapannya mudah saja, di usia abg sekarang dan selepas pemergian ibu, ayah dan adik abg dalam masa yg sangat terdekat. Ada satu insiden yg bermain di minda. Kerana berpemikiran positif yg bonda akan selamat dari pembedahan jantung yg di katakan rutin, abg tak sempat nak memohon maaf daripadanya sebelum beliau memasuki bilik bedah. Dan semua tahu yang ibu abg telah pergi selepas pembedahan itu. Jadi realisasi paling besar bagi abg adalah kadang kadang kita ni lupa yg Allah SWT sudah set ajal kita dan bila tiba masanya, positive macam mana minda kita pun takkan mengubah anything. So abg nak mintak maaf kepada sesiapa yg pernah rasa sakit hati atau rasa dirinya di salahi abg. Apa yg abg buat sekarang adalah lebih kepada action more than words. Nak buat baik kita buat ajalah, social media ni adalah platform paling mudah kita membuat dosa jika kita mengeluarkan pendapat dalam keadaan marah atau terfitnah orang berdasarkan informasi tak tepat. Jadi korang akan tengok kerja abg saja di social media dan pekara perkara happy dan personal abg sahaja. Kepada yg mengata atau memfitnah abg, abg maafkan semuanya. Sekali lagi kita takkan tahu semua fakta yang sebenar, kecuali kita nampak dgn mata kepala sendiri jadi kita sangkabaik saja semua benda yg tgh kecoh dekat social media macam kes kawan kawan kita yg berada dalam kesusahan. Jom kita buat media social ni tempat yg kita dapat ilmu dan berhibur secara baik. Diam tak bermakna lemah. Kekuatan datang dari kesabaran dan undang-undang Allah dan kehakiman di dunia.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Adik bongsunya, Allahy4rham Jeffri Adzman, seorang penyunting video men1nggal dun1a di Hospital Thomson Kota Damansara, Petaling Jaya selepas terbabit dalam kemal4ngan pada 9 Jun, 2019.

Bapanya, Allahy4rham Aksan Abu Bakar men1nggal dunia pada 11 Ogos 2020 selepas menjalani satu pemb3dahan di HUKM.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber Gempak