‘Tiada Kvbur, Tiada Pesan’ Genap 6 Tahun Tragedl MH370, Lvahan Isteri Anak Kapal Undang Seb@k

Tahun 2014, merupakan tahun yang meningg4lkan k3san mend4lam buat rakyat Malaysia terutama ahli keluarga dan krew kabin Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pesawat yang membawa 239 orang itu dipercayai terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan.

Menerusi Instagram Intan Maizura Othaman iaitu isteri kepada salah seorang anak kapal yang terk0rban, dia berkongsi suka dan dvka dalam membesarkan dua cahaya mata tanpa suami tercinta di sisi. Tambahnya, 8 Mac ini genap 6 tahun hari peringatan kehil4ngan pesawat itu. Sed1hnya!

6 tahun sudah berlalu

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

6 tahun sudah berlalu.. Tak perasan waktu pantasnya pergi.. Tiada kubur.. Tiada pesan.. Tiada lagi tangisan seperti dulu.. hidup mesti aku teruskan kan Allah dah janji “mati itu pasti” Takpe, Allah ada.. Anak2 makin membesar.. Mereka membesar dengan tangisan.. Tak mengerti sepatah apa.. Hanya jawapan tipu hari demi hari.. Buntu nak jawab apa lagi.. Sehingga kini baru Iman mengerti, mengerti tak semestinya boleh fahami tapi semuanya samar2 hingga ke mati.. Lahirnya Muhammad seorang bayi yang kuat. Dia fahami untuk tidak menyusahkan hati ibunya yang kosong.. Sedari kecil anak ini tak pernah menyusahkan.. hanya tangis bila lapar, lapar dan lapar.. tidurnya mudah, senyum sahaja.. Sedari kecik sudah berdikari.. semuanya mudah berkat dari Ilahi. Sakit kuning, batuk, demam selsema, itu biasa.. ke hulu ke hilir ibu sendiri.. Janji anak kecil ini sembuh dan tak susahkan hati mommy.. Aku harapkan anak2 ini sentiasa di bawah lindungan Allah yang Esa.. menjadi anak2 yang soleh supaya dapat mendoakan papa yang berada di sana. Tak lekang dari bibir setiap mereka menyebut papa papa papa.. Moga cinta mereka sentiasa mekar hingga ke syurga.. Ya Allah, permudahkanlah segalanya ❤️❤️.. Aamiin Ya Rabbalalamin

A post shared by INTAN MAIZURA OTHAMAN (@intanmaizuraothaman) on

Menurut Intan, walaupun sudah 6 tahun masa berlalu, dia masih tidak perasan waktu tersebut berlalu dengan pantas. Sehingga kini tiada kubvr dan pesanan yang diterima olehnya daripada suaminya iaitu Mohd Hazrin Mohamed Hasnan. Namun, sebagai manusia dia seharusnya kuat dan meneruskan kehidupan dalam membesarkan kedua-dua cahaya mata mereka iaitu Iman (11 tahun) dan Muhammad (5 tahun).

Di samping itu, Intan memberitahu bahawa dia terpaksa men1pu anaknya hari demi hari kerana mereka masih belum mengerti. Tambahnya, kedua-dua zuriatnya itu senang dijaga dan mereka sangat berdikari. Sebagai ibu, dia mengharapkan anak-anaknya di bawah lindungan Allah S.W.T sentiasa.

Semoga terus kuat

Sumber: Intan Maizura Othaman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Sumber:KLPRESS