Video Trending Parodi Hayfa, Gadis Ini Dikatakan Sama Macam Ummi Nazeera!

Hayfa, salah satu karakter dari drama berjudul Risik Pada Hati yang memberikan kesan teralu mendalam kepada penonton. Dialog yang dihamburkan dari pelakon watak Hayfa, Ummi Nazeera sangat menjadi hinggakan ramai yang merakamkan parodi Hayfa.

Apa yang membuatkan lebih pelik adalah drama ini sudah pun tamat tayangannya beberapa minggu yang lalu. Malah sehingga kini masih ada yang menghasilkan parodi Hayfa ini.

Salah satu yang mencuri perhatian ramai adalah video trending parodi Hayfa oleh seorang gadis ini. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok dengan nama athirahfatzhur dan telah mencuri perhatian warganet.

Korang saksikan sendiri lakonan semula penuh emosi dan perasaan oleh gadis tersebut dalam rakaman berikut:

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gadis ini dikatakan ada iras pelakon watak Hayfa tersebut iaitu Ummi Nazeera. Sekali imbas memang nampak macam sama betul!

Apatah lagi mimingnya tepat dengan suara Ummi Nazeera dalam drama tersebut. Nampak macam berbakat juga ya gadis tersebut. Apa-apa pun perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 108 ribu likes.

Malah di ruangan komen, rata-rata warganet turut mengakui gadis ini ada mirip pelakon tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video trending parodi Hayfa ini:

“Sis kembar Ummi Nazeera ke? Harap ada drama Ummi Nazeera dengan sis jadi kembar lah lepas ni..Muka sama betul”

Screenshot at Aug 15 09-58-56

Omg sebijik muka Ummi Nazeera. So pretty”

Screenshot at Aug 15 09-58-34

“Gentle aku cakap memang sebijik”

Screenshot at Aug 15 09-58-18

“Weh muka pun dah sama Ummi Nazeera”

Screenshot at Aug 15 09-57-14

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Video Trending Parodi Hayfa, Gadis Ini Dikatakan Sama Macam Ummi Nazeera!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*