[VIDEO] Tahniah! Dengan Sekali Lafaz, Penyanyi Terkenal Aizat Amdan Selamat Bergelar Suami

Umum mengetahui penyanyi Aizat Amdan telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dengan pengurusnya sendiri.

Sebentar tadi dengan sekali lafaz, penyanyi Aizat Amdan selamat bergelar suami kepada Elyssa Alia Ilias. Mereka dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan sendiri, Encik Ilias. Majlis akad nikah tersebut berlangsung di A-Park, Puchong, Selangor.

Pasangan mempelai kelihatan segak dan anggun mengenakan busana berwarna putih.

Terdahulu media meIaporkan penyanyi Aizat Amdan dan pengurusnya bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada 14 Ogos 2022.

Selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta, penyanyi Aizat Amdan akhirnya menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan juga pengurusnya, Elyssa Alia Ilias. Dalam pada itu, Aizat berkata dia turut mencipta lagu khas buat bakal isterinya itu berjudul ‘Hanya Kita Dua’.

“Insya Allah saya akan berkahwin dengan jodoh saya pada minggu depan. Kami bertemu dalam hampir tiga tahun dan mulanya sahabat saja. Bila lama-lama, secara semula jadi bercinta dan timbuI hasrat untuk berkahwin.

“Lagu Hanya Kita Dua istimewa sebab saya tujukan kepada dia. Lagu kahwin selalunya perlahan, santai, tapi saya nak buat lagu yang lebih ‘funky’. Ia lagu keraian sebab terlalu gembira jumpa seseorang yang istimewa.

“Dia seorang yang berbeza, petah bercakap, dan tenaganya mengagumkan. Lagu ini sangat menggambarkan perwatakan dia. Dia buka hati saya jadi lebih mudah berk0ngsi perihal peribadi,” katanya.

Tambah Aizat, dia berani melamar kerana Elyssa yakin dia layak menjadi suaminya. Malah, bakal isterinya itu turut mengajarnya supaya tidak pentingkan diri sendiri.

Sementara itu, Elyssa berk0ngsikan pada awalnya mereka berkenalan atas dasar kerja sahaja. Katanya lagi, dia dan Aizat berk0ngsikan sifat yang sama iaitu suka makan.

“Aizat seperti rakan karib dan saya tak perlu berpura-pura. Kami pun berk0ngsi sifat sama seperti gemar makan. Dulu saya pernah temubual dia dan terus terang tak kenal dia sangat. Bila sudah borak rupanya kami tinggal dalam kawasan sama,” katanya.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu akan diadakan secara tertutup di A-Park, Puchong, Selangor dan majlis resepsi akan diadakan pada hari sama.

Tldak mengikat tali pertunangan, Aizat dan Elyssa hanya mengadakan majlis merisik yang diadakan Februari lalu.

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

Tahniah buat kedua dua pasangan mempelai. – Sumber dipetik dari DB, Kosmo

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Tahniah! Dengan Sekali Lafaz, Penyanyi Terkenal Aizat Amdan Selamat Bergelar Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*