“Saya Tak Akan Nyanyi Lagu Lama Yang Tidak Seiring Dengan Imej Sekarang”

Kini tampil berhijab, penyanyi Zizi Kirana berkata dia tidak akan menyanyikan lagu-lagu lama nyanyiannya yang tidak selari dengan imej terkininya.

Memetik Astro Gempak, Zizi berkata lirik lagu-lagu lamanya mungkin sesuai ketika dia belum lagi menutup aurat namun kini tidak lagi relevan untuk dinyanyikan olehnya.

“Ada beberapa lagu lama saya yang mungkin saya tidak akan nyanyikan secara terbuka. Contohnya lagu Siapa Yang Bap Bap dan NAKKETAKNAK.

“Bagi saya, apabila saya sudah seperti ini, lebih baik saya memilih menyanyikan lagu yang lebih bersesuaian. Jadi saya tidak akan nyanyi lagu lama yang tidak seiring dengan imej saya kini,” katanya.

Dalam pada itu, Zizi turut meluahkan rasa syukur pihak penganjur dan peminat memahami situasi serta keadaannya serta tidak meminta menyanyikan lagu yang tidak sesuai lagi dengan imejnya.

“Saya tidak lagi pernah diminta untuk nyanyi lagu-lagu lama yang tidak bersesuaian. Jujur saya bersyukur kerana saya tidak perlu terangkan kepada mereka…seolah-olah mereka sudah memahami,” katanya.

SUMBER: ROTIKAYA

Be the first to comment on "“Saya Tak Akan Nyanyi Lagu Lama Yang Tidak Seiring Dengan Imej Sekarang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*