Reaksi Hairul Azreen lepas didakwa Sultan Pemurah, “Hahaha yelah bang kami percaya”

Buat yang mengikuti perkembangan keluarga selebriti popular, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dan dua cahaya mata mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, tentu ramai yang mengetahui mereka sekali lagi bercuti dengan sangat gembira bersama baru-baru ini.

Malah percutian mereka juga sekali lagi mendapat pujian ramai kerana sentiasa merakam kenangan bersama dengan sangat menarik, menjadikan keluarga selebriti ini sebagai inspirasi jika berkaitan percutian bersama keluarga.

Walau bagaimanapun, dalam pada perkongsian momen Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ketika bercuti, terdapat juga satu rakaman yang mencetuskan pelbagai persoalan oleh peminat. Ini kerana, momen mereka bermain salji dan menaiki helikopter mencetuskan ada yang berteka-teki, Hairul Azreen adalah Sultan Pemurah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Pemilik akaun popular di platform, TikTok itu bagaimanapun sejak akhir-akhir ini menjadi persoalan ramai tentang identitinya sehingga menyebabkan beberapa nama dikenali menjadi tekaan. Namun begitu, nampaknya Hairul Azreen juga menjadi sebutan. Selepas beberapa hari menjadi tekaan, Hairul Azreen ternyata memberikan reaksinya di TikTok yang dalam pada masa sama mengundang tawa ramai.

Dalam video tersebut ternyata tidak hanya warga TikTok, malah Ryan Bakery juga merasa tertanya-tanya dan reaksi Hairul Azreen itu turut mengundang tawanya dan melalui ruangan komen pula, video reaksi pelakon filem terkenal itu meraih ratusan reaksi lucu warganet.

“Hahahaha sabo le bang”

Hairul

“Hahaha geram tu, rasanya bukan si Ryan je tak tido lena…”

IMG_20220814_102604

“Hahaha aduhmak kantoi lak”

Hairul

“Dah macam the masked singer la…”

IMG_20220814_102637

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Reaksi Hairul Azreen lepas didakwa Sultan Pemurah, “Hahaha yelah bang kami percaya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*