Puas ajar Fahri gelar ibu, sekali panggil nama Dayah, “Kemain ye awak…”

Pejam celik, pejam celik anak lelaki pertama pengacara, Dayah Bakar akan menginjak ke usia 2 tahun selepas dilahirkan pada 17 Ogos 2020. Satu-satunya cahaya mata penyeri rumah tangga, Dayah Bakar dan suaminya, Muhammad Hanif Hamidi ini diberi nama Achbar Muhammad Fahri.

Fahri juga merupakan salah seorang anak selebriti yang sering menjadi tumpuan peminat malah gelagatnya yang dikongsikan Dayah Bakar tentu mencuit hati ramai dengan telatah comelnya.

Dayah

Seperti kanak-kanak yang sedang meningkat usianya, Dayah Bakar juga mengajar anaknya sebutan panggilan dirinya sebagai ibu. Tetapi seperti wanita bergelar ibu yang lain tentu mempunyai kesukarannya tersendiri dalam mengajar anak menyebut ibu berbanding anak-anak akan lebih mudah menyebut ayah atau papa.

Dayah Bakar bagaimanapun membuatkan peminat tercuit hati dengan gelagat Fahri yang selepas berulang kali diajar menyebut ibu oleh dirinya namun namanya pula yang disebut. Dalam rakaman video dikongsikan ini dapat didengar Fahri hanya memanggil Dayah menggunakan namanya sahaja.

“Fahri 2 years old esok,” tulis Dayah Bakar di platform TikTok yang mana muat naiknya itu juga membuatkan netizen dan peminat terhibur dengan gelagat Fahri namun memahami kerana anak-anak akan lebih cenderung memanggil dengan panggilan yang biasa didengar di rumah.

“Semua panggil Dayah, why nak kena panggil ibu”

Dayah

“Ikut nenek atok dia”

IMG_20220817_132741

“Ingatkan nak dengar dia panggil abu…”

Dayah

“Hahaha Fahri, gerammmm la…”

IMG_20220817_132812

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Puas ajar Fahri gelar ibu, sekali panggil nama Dayah, “Kemain ye awak…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*