Penyanyi Russia nyanyi ‘live’ lagu versi Malaysia, “Dia tunai permintaan”

Penyanyi lelaki dari Russia ini nampaknya semakin ramai peminat di Malaysia berikutan lagu baharunya yang dilancarkan baru-baru ini telah disertakan kapsyen bahasa Melayu. Pemuda ini bagaimanapun sering menjadi tumpuan di platform, TikTok.

Terbaharu, lebih membuatkan peminat Malaysia teruja dengan penyanyi ini juga disebabkan lagunya itu turut ada versi Malaysia yang mana bukan sekadar kapsyen bahasa Melayu sahaja diletakkan. Tidak dapat dipastikan bila akan dilancar namun mendengarkan sedikit lagu versi Malaysia itu membuatkan warganet teruja.

“Release? ‘Cinta ini’…”ujar penyanyi yang dikenali sebagai AmirChik ini diruangan kapsyen yang memberikan bayangan ia akan dilancarkan sebagai tajuk, Cinta Ini. Kegigihannya dalam menyanyikan lagu tersebut bagi versi Malaysia membuatkan dia dipuji oleh netizen Malaysia.

Malah menerusi satu rakaman terbaharu yang turut tular ini pula memaparkan penyanyi dari Russia ini menyanyikan sedikit lagu itu secara live dan mencuri tumpuan ribuan netizen apabila dia dikatakan melakukan hal itu demi menunaikan permintaan peminat.

Muat naik pemilik akaun bernama, shamsuladam86 tersebut juga membuatkan ruangan komen dihujani dengan ratusan reaksi oleh peminat malah di perkongsian Amirchik juga netizen meninggalkan reaksi tidak sabar untuk mendengarkan lagu Cinta Ini dan mengajaknya untuk datang ke Malaysia.

“Amir meh lah datang Malaysia…”

Penyanyi

“Tak lama lagi si Amir ni boleh cakap Melayu la…”

Penyanyi

“Sekarang awak dah ada…”

IMG_20220816_113756

“Release bang, lagu cinta ini”

IMG_20220816_113815

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Penyanyi Russia nyanyi ‘live’ lagu versi Malaysia, “Dia tunai permintaan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*