Noh Salleh Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Berpisah Dengan Mizz Nina

Akhirnya segala desas desus mengenai berita perceraian pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina terjawab selepas ahli kumpulan Hujan itu memuat naik kenyataan di Instagram miliknya sebentar tadi.

Noh Salleh atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh memaklumkan dia dan bekas isterinya itu sepakat untuk berpisah dengan cara yang terbaik.

Tambahnya, mereka bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalani kehidupan berumah tangga selama tempoh 11 tahun ini.

“Selepas banyak berfikir dan pertimbangan telah dilakukan, kami berdua telah bersetuju untuk berpisah.

“Alhamdulillah kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana mengizinkan kami menghabiskan masa 11 tahun yang indah bersama-sama dengan segala suka dan duka.

“Kami juga ingin mngucapkan terima kasih kepada semua penyokong kami kerana menunjukkan kasih sayang kepada kami selama ini.

“Jangan risau kami masih berkawan dan mendoakan kebaikkan anatar asatu sama lain. Kita boleh merancang tapi perancangan Allah lebih hebat,” tulisnya.

Malah, dia juga memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan dan keharmonian mereka terutamnya dalam fasa iddah ini.

Sementara itu, Noh mengakui dia dan Mizz Nina akan tetap menjadi sahabat dan berharap hubungan ini baik sampai bila-bila.

Lantas berharap agar semua peminat dan warganet di luar sana menghormati privasi mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh)

Sumber dipetik dari Xtra, Instagram Noh Salleh

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Noh Salleh Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Berpisah Dengan Mizz Nina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*