“Hidung Saya Original Okay, Kalau Buat Nak Lagi Mancung” – Amelia Henderson

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Amelia Henderson sering menjadi bualan ramai lebih-lebih mengenai status hubungannya dengan pelakon Aedy Ashraf dan bahagian ketiaknya dipuji cantik oleh ramai gadis.

Baru-baru ini, sesi Live Amelia menjadi perhatian apabila ada netizen bertanyakan adakah hidungnya asli atau original.

Menjawab pertanyaan netizen itu, Amelia menyifatkan soalan tersebut agak lucu serta menjelaskan hidungnya adalah asli dan dia tidak melakukan sebarang pembedahan.

“Hidung original tak? Korang tanya hidung saya original ke tak? Macam mana nak buktikan (gelak).. Tapi tak, seriously macam mana nak buktikan.

“Sebab saya rasa macam soalan ini sangat kelakar. Dan saya berani kerana benar. Hidung saya original ya semua. Saya tak boleh nak gosok sangat hidung sebab saya tengah pakai make up. Tapi hidung ini original la okey,” katanya.

Dalam pada itu, Amelia berkata jika dia ‘membuat’ hidung, sudah pasti dia mahukan lebih mancung daripada hidung asalnya.

“Kalau saya dah buat hidung, saya expect dia lagi mancung dari ini okey,” katanya.

Terdahulu, rata-rata netizen memuji ketiak aktres itu cantik serta ada yang mengatakan selain memiliki wajah cantik, ketiaknya juga jadi idaman para gadis.

SUMBER:ROTIKAYA

Be the first to comment on "“Hidung Saya Original Okay, Kalau Buat Nak Lagi Mancung” – Amelia Henderson"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*