Geng Basikal Tolong Rakam Video Pelancong, Rupanya Nak Menari Ala MV Hindustan

Sekarang ini kebanyakan negara telah kembali membuka sempadan mereka untuk kemasukan pelancong luar. Selepas dua tahun menghadapi pandemik, industri perlancongan negara semakin rancak menerima kedatangan pelancong yang datang untuk bercuti.

Baru-baru ini pula, gelagat sekumpulan pelancong dari India merakamkan video di Langkawi telah mencuri tumpuan netizen di Tik Tok. Percubaan mereka menari di hadapan tugu ikonik di Langkawi itu turut membuatkan ramai yang terhibur melihatnya.

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video merakamkan gelagat sekumpulan geng basikal yang berhenti untuk membantu merakamkan video buat pelancong itu. Rupa-rupanya, kumpulan pelancong dari India itu ingin menari bersama-sama seperti babak di dalam muzik video lagu Hindustan.

Lebih melucukan lagi, gelagat mereka menari di situ turut menerima tontonan daripada orang di sekeliling yang turut sama menonton. Malah sekali pandang juga, ianya kelihatan seperti ada mini concert sahaja yang berlaku di situ ditambah pula dengan tarian yang dilakukan itu.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada juga yang memuji sikap sporting rakyat Malaysia yang tidak kekok membantu pelancong luar merakamkan kenangan mereka di sini. Walaupun tidak kenal dengan satu sama lain, mereka tidak berkira untuk membantu kumpulan pelancong itu.

“Hahaha comel lah.”

pelancong

“Macam kena pulak lagu dengan tarian dia.”

geng basikal

“Ini sudah berapa lama diorang training ni.”

komen

“Yang penari pun gelak-gelak je.”

tik tok

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Geng Basikal Tolong Rakam Video Pelancong, Rupanya Nak Menari Ala MV Hindustan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*