“Betul, Allah Uji Dengan Suami” – Datin Shahida

Semalam, hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri memuat naik video permohonan maaf susulan kontroversi teaser lagu dangdutnya bersama Baby Shima yang dikecam teruk oleh netizen.

Menerusi video itu, Aliff dilihat menangis teresak-esak serta memberitahu bahawa dia membuat keputusan untuk mengundur diri dari media sosial.

Sementara itu Instagram isterinya, Datin Nur Shahida turut mendapat perhatian netizen yang meninggalkan komen mengenai suaminya dimana individu itu mengatakan Shahida diberi ujian melalui suaminya.

Komen netizen itu dibalas oleh Shahida yang berlapang dada dikurniakan pasangan hidup seperti Aliff Syukri.

“Betul, Allah uji dengan suami. Tidak mengapa, Dia lebih mengetahui. Ujian orang berbeza-beza kan. Dunia ini tempat kita berehat,” tulisnya.<

Sebelum ini, Aliff turut memuat naik gambar ubat dengan kapsyen kononnya dia ingin mati dengan tenang dan beriman. Bagaimanapun, hari ini hangat diperkatakan apabila seorang pengguna Twitter mendakwa foto yang dimuat naik Aliff itu merupakan gambar lama miliknya yang pernah dikongsi kepada umum.

SUMBER: ROTIKAYA

Be the first to comment on "“Betul, Allah Uji Dengan Suami” – Datin Shahida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*