Azhar Sulaiman Tak Saman Wanita Fitnah Leona

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai anak gadis pelakon Azhar Sulaiman apabila ada wanita mendakwa Kasih Iris Leona mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut menuduh Leona mengikis duit suaminya sebanyak RM3,000 sebulan, bagaimanapun tuduhan dilemparkan oleh wanita itu tidak logik.

 

 
 

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Azhar dilihat ada memuat naik satu entri enggan memanjangkan isu berkenaan.

Menurut Azhar lagi, dia juga tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita itu selepas mengambil kira kesihatan mentalnya serta mendoakan yang terbaik.

“Saya tak mahu memanjangkan perkara ini dengan anda pasal Leona. Saya doakan yang terbaik dalam hidup anda dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT selalu. Hanya nasihat mesra untuk anda… Carilah seorang kawan baru yang mahir pasal ‘mediasos’ (media sosial) ini…

“Dengan saya, anda terselamat sebab saya masih memikirkan kesihatan mental anda… Kalau orang lain, pasti mereka akan saman anda…,” tulisnya.

SUMBER: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Azhar Sulaiman Tak Saman Wanita Fitnah Leona"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*