Lelaki KeIar Isteri Dan Bayi 3 Bulan Direman Selama 7 Hari

Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan berb0geI selepas membun0h isteri dan anaknya di Kampung Bakar Batu semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkahmah, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permoh0nan dikemuka Polis Diraja Malaysia (PDRM), pagi ini.

Suspek yang berusia 25 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9 pagi dengan memakai baju lokap berwarna oren dan dikawal ketat oleh pihak polis.

Suspek yang dipercayai mengeIar leher isteri dan anaknya yang berusia tiga bulan itu telah ditahan polis selepas gambar dan videonya menunggang motosikal tuIar di media sosial, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, pihaknya menerima laporan polis berhubung kmatian dua beranak itu pada jam 12.42 tengah hari.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12.30 tengah hari. Polis bertindak atas maklumat, sebelum berjaya membuat tngkapan ke atas suspek.

“Pada jam 2.45 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jnayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menahan suspek di kawasan Permas Jaya,” katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut mrampas sebilah pisau pemot0ng daging dan sebuah motosikal berwarna merah ketika suspek diberkas.

Namun, hasil ujian saringan air kencing lelaki tersebut dipercayai negative dari sebarang penggunaan ‘dadah’.

“Suspek disahkan negatif ‘dadah’ dan motif kejadian itu masih lagi dalam siasatan,” katanya

Setakat ini, kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesksaan.

Sementara itu, isteri dan bayi lelaki suspek dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, di sini, sebelum tengah hari tadi. – Sumber dipetik dari Xtra, Harian Metro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Lelaki KeIar Isteri Dan Bayi 3 Bulan Direman Selama 7 Hari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*