‘Ini Inisiatif Jelajah Anti BuIi’ – Penganjur Respon Dkwaan Bawa Individu Tidak Sesuai Ke Sekolah

Pada ketika ini warganet masih tidak berpuas hati apa individu berperwatakan ‘mat rempit’ hadir ke sekolah didkwa untuk memberikan motivasi kepada para pelajar.

Pelbagai ‘kecaman’ dilontarkan oleh warganet sehingga penganjur tampil memberikan penjelasan sebenar mengenai isu terbabit.

Menurut hantaran Facebook ‘Meja Kerja Rizan Hassan’, kehadiran individu terbabit ke sekolah baru-baru ini bagi menjayakan inisiatif ‘Cerita Orang GagaI (COG)’ dalam memberikan pendedahan kepada para pelajar bahawa setiap orang ada peluang untuk berkembang melampaui dan mengatasi kegagalan masa lalu.

Untuk mesej yang hendak diketengahkan pada tahun ini, COG membicarakan isu mengenai ‘BULl ITU JNAYAH’. Penganjur telah tampilkan seorang bekas pembuIi, Emam Sapekri yang juga mempunyai masa lalu yang negatif kemudian menjalani huk0man di Sekolah Henry Gurney dan berjaya mendapat 8A untuk peperiksaan SPM.

Turut di bawa sama ialah seorang individu influencer TikTok berperwatakan mat rempit, ‘Haqiem Stopa’ yang telah dan sedang dibuIi di alam maya atau lebih dikenali dengan perkataan ‘kecam’, salah satu kaedah buIi yang popular di kalangan masyarakat kita.

VIDEO:

“COG telah banyak menjelajah ke seluruh negara (sekolah, komuniti, kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan swasta) dengan menampilkan bekas pesaIah juvana, bekas banduan, bekas kepulihan ‘dadah’ dan sesiapa sahaja yang melalui kegagalan yang teruk di dalam kehidupannya untuk berk0ngsi pengalaman hidup.

“Di penghujungnya, jika anda di kalangan orang berjaya mungkin akan terdorong untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan jika anda di kalangan yang gagal akan rasa diri anda tidak keseorangan dalam menghadapi ranjau kehidupan ini,” petik hantaran Facebook ‘Meja Kerja Rizan Hassan’.

Tambah penganjur lagi, tiada sebarang ‘bayaran dan sumbangan’ dikenakan sama ada kepada penceramah, penganjur mahupun sekolah terlibat. Kos perjalanan dan penginapan juga adalah tanggungan sendiri.

Pada masa sama, penganjur meluahkan rasa cukup gembira kerana pihak sekolah berikan sijil penghargaan dan menjamu ‘Nasi Lauk Ayam Merah’ bagi menghargai kehadiran mereka.

Menerusi salah satu video dimuat naik, Jelajah ‘Cerita Orang GagaI’ itu akan bersambung pada hari esok di salah sebuah sekolah di kawasan Petaling Jaya, Selangor dan beberapa sekolah lain di sekitar Malaysia pada masa akan datang.

Warganet Pertikai Tindakan Sekolah Jemput ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ Sebagai Motivasi Pelajar

Sejak memuat naik video ucapan ‘terima kasih’ kepada sekolah, ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ yang digelarkan oleh YB Senator telah menerima pelbagai pertikaian daripada warganet.

Dalam video itu, kehadiran Haqiem Stopa dilihat telah disambut dengan meriah. Dia memberikan ‘motivasi’ dan juga memberikan peluang kepada para pelajar yang ingin bergambar dengannya.

Video asal tersebut telah mendapat hampir tiga juta tontonan dan dik0ngsikan semula oleh para warganet di seluruh platform media sosial yang lain.

Rata-rata warganet membantah dan mempertikaikan tindakan sekolah menjemput seorang pemuda berperwatakan ‘mat rempit’ untuk memberikan motivasi kepada para pelajar.

Umum ramai mengetahui, perkataan ‘mat rempit’ itu sendiri sudah memberikan gambaran yang kurang baik kepada masyarat sejak dahulu lagi.

Nyata warganet lagi, ada ramai lagi orang-orang yang lebih baik dan berjaya untuk dijadikan ikon dan motivasi buat para pelajar di zaman yang penuh mencabar hari ini.

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

Difahamkan Haqiem Stopa dijemput ke sekolah terbabit untuk jelajah ‘Cerita Orang GagaI’ untuk membincangkan isu BuIi Itu Jnayah. Terang penganjur lagi tabiat suka beri ‘kecaman’ di media sosial juga adalah satu bentuk buIi yang akan beri kesan kepada mngsa. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Ini Inisiatif Jelajah Anti BuIi’ – Penganjur Respon Dkwaan Bawa Individu Tidak Sesuai Ke Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*