“Hanya Kerana Sedikit Kesilapan, Aku Pun Dikhianati…” – Nukilan ‘Tangisan Malaikat’ Yasin Sulaiman

Penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman berk0ngsi hasil nukilan terbarunya yang berjudul Tangisan Malaikat di Instagaram miliknya.

Hantaran tersebut memaparkan lirik lagu berkenaan yang seakan mendedahkan dia ‘dikhianati’ seseorang yang dikenali hanya disebabkan melakukan kesilapan.

“Maafkan aku kerana menghilang

Sekelip mata tragedi datang

Hanya kerana sedikit kesilapan

Aku pun dikhianati kenalan,” antara bait-bait lirik tersebut.

Walaubagaimanapun, pelantun Mimpi Laila itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai gerangan individu yang dimaksudkannya.

Mengulas lanjut, Yasin berkata lagu tersebut dicipta khusus untuk anak perempuannya, Malaika.

“Lagu ini terhasil rentetan daripada tangisan Malaika sebaik sahaja mendengar suara ayahnya buat pertama kali di telefon selepas dia ditahan,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Antara bait lirik lagu berkenaan seakan meluahkan perasaan Yasin yang terbuku selama ini yang menyatakan Yasin meminta maaf pada anaknya kerana menghilang.

Menerjah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Yasin yang turut mengalirkan air mata apabila membaca bait-bait lirik yang sangat mendalam maksudnya.

Ramai juga dalam kalangan mereka yang mengirimkan doa kepada Yasin sekeluarga, terutamanya kepada anaknya, Malaika yang terlalu merindui kasih seorang bapa di sisi.

Sebelum ini, Yasin turut menghasilkan lagu Bebaskan Aku juga disebalik tirai besi iaitu sebuah lagu yang menggambarkan perasaan hatinya ketika ditahan di penjara.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yasin Sulaiman Tunaikan Permintaan Anak Nyanyi Lagu ‘Bebaskan Aku’ Disebalik Tirai Besi

Terdahulu, Yasin didkwa di Mahkamah Majistret pada 31 Mac lalu atas pertud0han menanam 17 pokok dan mengedar ‘dadah jenis ganja’ di sebuah kond0minium dua minggu lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yasin Sulaiman (@yasinsulaiman)

Sumber dipetik dari Xtra, Instagram Yasin

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "“Hanya Kerana Sedikit Kesilapan, Aku Pun Dikhianati…” – Nukilan ‘Tangisan Malaikat’ Yasin Sulaiman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*