Fizi ‘naik h4ntu’ perbuatan Shakilla?

KUALA LUMPUR: Jangan dijolok sarang tebuan, kelak mengundang padah. Begitulah situasi berlaku apabila duda ‘hot’ yang juga penyampai radio Suria FM, Fizi Ali semakin hilang sabar dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan bekas isteri, Shakilla Khoriri menerusi Instagram (IG), baru-baru ini.

Nyata, tahap kesabaran Fizi mulai menipis dan sukar dibendung lagi. Bahkan, Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin dengan jujurnya mengakui, hidupnya hancur disebabkan wanita yang pernah menjadi teman sebantalnya itu.

Namun, hingga saat ini, masih menjaga aib bekas isteri dan enggan mendedahkan punca perceraian.

“Tahap kesabaran saya benar-benar teruji. Saya juga manusia biasa. Ramai orang menganggap saya meroyan seorang diri.

“Ada juga terkejut kenapa saya tiba-tiba naik angin. Jujurnya, saya bukan nak meroyan tanpa sebab. Selama ini, adakah saya marah-marah?

“Saya takkan kacau hidup orang kalau hidup tidak diganggu. Apa yang berlaku seolah-olah nak menjolok sarang tebuan.

“Masalahnya, bekas isteri kacau ‘sarang’ saya. Memang pelik dan tertanya-tanya kenapa buat saya sampai tahap ini. Lagi tak masuk akal, suruh wartawan tanya kenapa saya suka meroyan,” katanya kepada BH Online.

Mengulas komen Shakilla dalam IG, kemudiannya padam semula, Fizi berkata, memang dia ada komen.

“Dari dahulu, saya bukan jenis mengamuk tidak tentu fasal. Tetapi, tak fikir kenapa saya nak naik hantu?

“Shakilla tahu apa yang dilakukannya. Kenapa nak komen, kemudiannya padam?

“Mungkin nak nampak saya jahat dan dipersalahkan 100 peratus,” katanya.

Tahap kesabaran Fizi dan sukar dibendung dengan perbuatan bekas isteri. - Foto IG Fizi Ali
Tahap kesabaran Fizi dan sukar dibendung dengan perbuatan bekas isteri. – Foto IG Fizi Ali

Fizi berkata, hubungannya dengan bekas isteri hanya seperti penjaga anak, Nurul Ameena Sofia.

“Kami berhubung hanya sebab tanya giliran menjaga anak. Berbual soal lain memang tiada.

“Perkara ini bukan masalah pun. Kami tiada jadual nak ambil giliran anak secara khusus.

“Ada masa saya bersama Ameena dan sebaliknya. Apapun, kami tetap ibu bapa Ameena,” katanya yang menolak dakwaan merancang merujuk semula dengan bekas isteri.

Menjawab persoalan kerjayanya sebagai penyampai radio selepas berdepan dengan masalah peribadi, Fizi berkata, hidup dan kerja diteruskan seperti biasa.

“Namun, ada juga pendengar radio menghantar mesej dalam IG tak mahu mendengar Suria FM sebab saya bercerai.

“Ada yang nak boikot, seolah-olah mahu menutup periuk nasi. Tetapi, di sebalik itu, ramai juga menyokong dan sentiasa memberikan kata semangat.

“Apapun, saya masih Fizi Ali yang dahulu, tak seinci pun berubah. Saya bersyukur pendengar dan majikan terus memberi kepercayaan kepada saya,” katanya yang kini beralih aktiviti sihat dengan membina otot badan untuk mengisi masa lapang.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018, namun, bercerai tiga tahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Fizi ‘naik h4ntu’ perbuatan Shakilla?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*