[VIDEO] “…Tunggu Saya Buktikan..” Kes Tumbuk: Sharnaaz Ahmad Akui Tak Bersalah, Tegaskan Tiada Unsur Panas Baran

Selepas tiga hari direman polis, pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad akhirnya dibebaskan atas dkwaan menumb0k, menendang serta mengug0t untuk membun0h seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium.

Sharnaaz, 37, bagaimanapun berkata berita tuIar mengenai kejadian itu adalah tidak benar seperti yang didkwa oleh orang ramai.

Tambahnya lagi, dia akan membuat satu kenyataan media dalam masa terdekat lagi bagi menjelaskan isu sebenar yang terjadi.

“Sekarang ni saya dah selesai dengan siasatan polis. Insya-Allah tak ada apa. Tetapi, apa yang digempar-gempurkan sebelum ini adalah tidak benar.

“Tunggu kenyataan daripada peguam saya dan saya akan buat penjelasan dalam masa terdekat. Belum tahu lagi bila pendakwaan akan dilakukan.

“Saya tidak boleh bercakap banyak. Pihak polis telah menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz menjawab spekulasi mengenai dirinya yang sering dikaitkan dengan sifat ‘panas baran’ itu menegaskan tindakan ketika itu dibuat kerana merasakan perlu.

Mengulas lanjut mengenai dkwaan warganet yang menggeIar Sharnaaz sebagai seorang panas baran.

Nama Sharnaaz yang sering disebut sebagai seorang memiliki sifat panas baran sebelum ini bagaimanapun menegaskan tindakan ketika itu dibuat kerana merasakan perlu.

“Saya tidak bod0h untuk melakukan sebegitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi, tunggu cerita sebenar.

“Panas baran sudah sinonim, tetapi sebenarnya dalam kejadian ini tiada unsur panas baran. Saya hanya buat apa yang dirasakan perlu,

“Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukan daripada saya. Jangan mudah menilai sebelah pihak sahaja.

“Saya yakin saya tak salah. Saya akan buktikan pada semua yang ada kebaikan saya buat dalam ni yang orang tak tau dan yang tak diceritakan.

“Semua perkara akan diceritakan lebih mendalam bersama peguam saya di mahkamah nanti,” ujarnya.

VIDEO:

Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon popular yang direman selama tiga hari kerana disyaki menumb0k, menendang, serta mengug0t untuk membun0h pengawal keselamatan pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan siasatan terhadap Sharnaaz selesai dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Kesksaan. – Sumber & video dipetik dari Xtra, Harian Metro, Facebook Anak-Anak Pasir Putih

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] “…Tunggu Saya Buktikan..” Kes Tumbuk: Sharnaaz Ahmad Akui Tak Bersalah, Tegaskan Tiada Unsur Panas Baran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*