“Tak Masuk Akal, Kalau Betul ‘Terjerut’ Dengan Buai, Bukan Ke…” Che’ Puan Besar Khaleeda Moh0n PDRM Siasat Semula Kes ‘Kematian’ Baby Syifaa

Isteri Tuanku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda memoh0n pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuka kertas siasatan semula bagi kes kmatian bayi perempuan berusia 15 bulan iaitu Baby Syifaa.

Che Puan Besar Khaleeda menerusi hantaran di Instagram story miliknya meluahkan pendapat mengenai kes kmatian Baby Syifaa yang dikatakan sangat tidak masuk akal dan mustahil ‘mati’ akibat terjerut buai.

Menerusi hantaran Instagram story yang lain, Che Puan Besar turut mempersoalkan bagaimana kesan ‘jerut’ di leher bayi syurga itu menimbulkan rasa curiga.

Terdahulu, Baby Syifaa atau nama sebenarnya Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian ketika dalam jagaan pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Pada 30 Mac lalu, bapa mangsa, Yuseri mendkwa anaknya dijerut dan bukan meninggaI dunia akibat kepala terjerut pada kain buaian, serta hanya memberikan masa dua minggu kepada pihak polis untuk mengemukakan hasil siasatan selanjutnya.

Dalam siasatan awal polis, pengasuh bayi itu mendkwa mngsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakala badannya berada di dalam buaian.

Hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pula merumuskan tekanan pada leher menjadi punca kmatian bayi berkenaan.

Terkini, pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kmatian Baby Syifaa ditetapkan semula pada 29 Jun depan di hadapan Mahkamah Koroner. – Sumber dipetik dari Utusan Malaysia, Kosmo, Harian Metro, Instagram Che Puan Besar Khaleeda

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "“Tak Masuk Akal, Kalau Betul ‘Terjerut’ Dengan Buai, Bukan Ke…” Che’ Puan Besar Khaleeda Moh0n PDRM Siasat Semula Kes ‘Kematian’ Baby Syifaa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*