“Tak Apa, Biar Saya Rayu Bantuan…” – Aznil Nawawi Bantu Zamani Kumpul Dana Pembedahan, Kini Cecah RM32,000

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Paknil turut bersedih dengan berita yang berlaku kepada Zamani dan membuat keputusan untuk membantu penyanyi itu mengumpul dana pembedahan.

Zamani mnderita pnyakit skoliosis iaitu keadaan di mana tulang belakang bengkok dan perlu membuat pembedahan untuk memasukkan besi bagi menyokong tulang belakang.

Menerusi perk0ngsian Paknil di Instagram, dia tersentuh selepas menonton laporan mStar yang mengatakan Zamani membuat persembahan untuk mengumpul dana pembedahannya sendiri dan tidak mahu merayu bantuan orang ramai.

Paknil juga membuka akaun peribadinya sendiri bagi membantu kutipan dana itu.

“Takpe. Biar Paknil yang rayu bantuan. Paknil runsing kalau dia terpaksa bekerja keras untuk kumpul dana akan memudaratkan keadaan kesihatan beliau.

“Paknil bukakan akaun peribadi Paknil untuk mengumpul dana membantu pembedahan Zamani. Insya-Allah,” tulisnya.

Menurut Paknil, tidak sampai seminit perkongsian itu dibuat, ramai yang prihatin mendermakan wang untuk penyanyi itu dan dana terkumpul sudah sebanyak RM1,841.76 termasuk dirinya sendiri.

“Subhanallah tak sampai seminit posting, ramai yang prihatin untuk membantu. Terima kasih,” tulisnya.

Di Instagram Story Paknil, setiap beberapa jam dia akan mengemaskini jumlah terbaru dana tersebut.

Terbaru, selepas 15 jam, dana yang terkumpul adalah sebanyak RM32,190.21.

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa juga turut membuat hebahan mengenai niat baik Paknil itu di Instagram Story miliknya.

“Sama-sama kita bantu. Terima kasih Paknil,” tulis Neelofa.

Di ruangan komen, ramai rakan-rakan artis dan pengikut Paknil mendoakan agar dipermudahkan segala urusan dan berterima kasih kepadanya atas inisiatif yang baik itu. – Sumber dipetik dari Xtra, Instagram Aznil Nawawi

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "“Tak Apa, Biar Saya Rayu Bantuan…” – Aznil Nawawi Bantu Zamani Kumpul Dana Pembedahan, Kini Cecah RM32,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*