Pertikai Aurat Arwah Adibah Noor, Komen Individu Ini Undang Kemarahan Warganet

Pada malam Sabtu yang lalu, penyanyi dan pengacara Adibah Noor dilaporkan meninggaI dunia dan berita tersebut mengejutkan dunia hiburan terutamanya rakan-rakan artis dan peminat.

Dalam ahli keluarga, rakan-rakan artis dan juga peminat masih berduka dengan pemergian arwah Adibah Noor, ada segelintir warganet yang meninggaIkan komen tidak sewajarnya.

Akan tetapi, komen seorang warganet di Facebook iaitu Ibnu Ahmad Ar-Rayyan yang mempersoalkan tentang aurat arwah Adibah Noor menjadi bualan orang ramai.

“Dah tahu wajib tutup aurat tapi tak buat. Sebab kepala batu keras hati. Menjawab la dalam kubur. Nauzubillahiminzalik, moga keturunan aku tiada seperti ini. Selamat menjawab soalan di alam barzakh. Good luck.” ujar individu tersebut.

Komen yang dilontarkan individu tersebut di ruangan komen Facebook media tempatan mencet0skan kemarahan warganet dan rata-rata mereka berpendapat individu itu tidak menghormati keluarga arwah.

Bukan itu sahaja, para warganet juga mengatakan sepatutnya individu terbabit menjaga percakapan dan tidak menceIa orang yang sudah meninggaI dunia. Malah, segelintir warganet juga ‘korek’ posting lama milik individu itu yang merupakan aib individu terbabit. – Sumber dipetik dari The V0cket

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Pertikai Aurat Arwah Adibah Noor, Komen Individu Ini Undang Kemarahan Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*