Didkwa Diberi ‘Dadah’ Oleh Bapa Saudara, Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun Terpaksa Ditidurkan

Kanak-kanak berusia dalam lingkungan empat tahun yang dilaporkan kritikaI sejak semalam akhirnya terpaksa ditidurkan hari ini.

Artikel Berkaitan: Dibawa Bapa Saudara Ke Suatu Tempat, Kanak-Kanak 4 Tahun KritikaI Disyaki Ada ‘Dadah’ Dalam Badan

Ia berikutan keadaan badannya yang semakin lemah akibat kesan daripada ‘dadah’ jenis Methamphetamine yang terdapat dalam badan kanak-kanak terbabit.

“Doktor memaklumkan anak saya perlu ditidurkan kerana keadaannya yang sangat lemah kesan daripada ‘dadah’ itu.

“Pilu hati saya melihat keadaannya sebegitu dan walaupun dia tidak sedarkan diri, saya tetap berbisik di telinganya agar bukakan mata dan segera sembuh.

“Saya hanya inginkan anak sedar sahaja, tidak mengapa kalau dia tidak boleh berjalan atau ada kesan lain, itu sahaja yang saya harapkan,” katanya.

Menurut ibu kanak-kanak terbabit, setakat ini, keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu menunjukkan tiada tanda positif dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan.

Malah, beliau memaklumkan anaknya itu adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah pertuturan yang lambat dan baru sahaja dapat berjalan.

Terdahulu, kanak-kanak malang ini dilaporkan kritikaI selepas dibawa ke suatu tempat oleh bapa saudaranya yang juga mempunyai tiga rekod lampau berkaitan ‘dadah’ dan pemeriksaan mendapati terdapat kandungan Methamphetamine dalam badan kanak-kanak terbabit.

Untuk makluman, kes masih disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – Sumber & foto dipetik dari Xtra, Harian Metro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Didkwa Diberi ‘Dadah’ Oleh Bapa Saudara, Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun Terpaksa Ditidurkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*