[VIDEO] “Terima Kasih Hiburkan Kami Dulu Dekat NTV7”, Warganet Teruja Lihat Pelakon Alih Suara Doraemon

Tipulah kalau cakap tak suka tengok kartun Jepun Doraemon waktu kecil-kecil dulu kan? Malah Doraemon ni lah yang menceriakan zaman kanak-kanak kita dulu.

Walaupun kartun Doraemon sudah berpuluh tahun sejak pertama kali ditayangkan, kita mesti excited walaupun dah banyak kali tengok sampai dah hafal setiap babak!

Suka memang suka, tapi pernah tak korang tahu pelakon suara Doraemon sebenarnya seorang wanita!

Ya, wanita! Wanita tersebut bernama Ruhaiyah Ibrahim. Baru-baru ini, dia tular di laman TikTok kerana mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia dalam suara Doraemon!

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Difahamkan, Ruhaiyah diberi bantuan oleh Jabatan Amal Malaysia di atas rumahnya yang banjir lumpur di Kg. Kerling Hulu Selangor tempoh hari.

Untuk pengetahuan semua, Ruhaiyah Ibrahim ialah seorang pelakon suara Malaysia yang terlibat dalam alih suara bahan televisyen dari negara asing.

Dia juga merupakan pelakon suara bagi watak utama dalam versi Bahasa Malaysia bagi siri anime Jepun Doraemon.

Sejak video tersebut dimuat naik oleh @nooraidilputrawah beberapa hari lepas, ianya tular dengan jumlah tontonan sebanyak 852.6K serta meraih 86.4K tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat pelakon suara Doraemon itu. Malah mereka sempat mengungkapkan rasa rindu untuk menonton kartun Doraemon.

Selain itu, mereka turut mengucapkan terima kasih kerana pernah menceriakan mereka semasa kecil dahulu serta mendoakan kesihatan wanita tersebut.

Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Ini la suara deromon slama ni…pernah tgk akak dan rakan² alih suara yg lain bersama show dato awei di tv3..”

“Suara yg mewarnai zaman budak2 kol 7 tgu depan tv sbb nk dgar suara ni yaallh rindu🥺 semoga akak sehat selalu”

“Suara limited ni😁”

“Rindunyaa akk!!!”

“Sedapnya suara.serak2 miau😱😍”

“Serious akak idola saya. Semoga permudah semua kak 🥺”

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

Sumber & video dipetik dari YN, TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] “Terima Kasih Hiburkan Kami Dulu Dekat NTV7”, Warganet Teruja Lihat Pelakon Alih Suara Doraemon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*