[VIDEO] ‘Isu Aurat & Tanah Suci’, Warganet GeIar Kenyataan Ifa Raziah Sebagai ‘JahiI’

Baru-baru ini, tuIar di ruangan media sosial mengenai sebuah video memaparkan pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah yang tampil membidas isu menutup aurat.

Video yang dik0ngsikan pengguna TikTok @Nazrul_Al_Bangsari itu telah meraih perhatian orang ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat Ifa.

Ifa berkata, dia sudah tiga kali dijemput untuk ke Tanah Suci, meskipun belum menutup aurat.

Dalam video berkenaan, Ifa turut mempersoalkan bagaimana wanita yang menutup aurat masih mengata orang.

Malah, dia turut akui pernah berjumpa dengan wanita bertudung tetapi tidak menunaikan solat.

“Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat.

“Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat, berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya.

“Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan.. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji.

“Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah.

“Kalau aurat jaga tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab.

“Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok mengata orang, fitnah orang.

“Saya pernah jumpa wanita bertudung tapi tak solat,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan komen rata-rata warganet yang terkejut dengan kenyataan pelakon itu.

Warganet seakan mempertikaikan bagaimana Ifa tidak dapat membezakan perkara yang wajib untuk menutup aurat, yang dibandingkan dengan perkara sunat tunai umrah.

VIDEO:

Namun begitu, ramai dalam kalangan warganet mendoakan agar Ifa diberikan hidayah. – Sumber & video dipetik dari Xtra, Youtube Jom Layan TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Isu Aurat & Tanah Suci’, Warganet GeIar Kenyataan Ifa Raziah Sebagai ‘JahiI’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*