[VIDEO] “Hubungi Isteri Saya Pada Waktu Malam Itu Sudah MeIampaui Batas” – Caprice Ajak Lelaki Tersebut Bersemuka

“Hantar mesej pada isteri saya pada waktu malam. Bila orang mula melampaui batas dan buat kita risau pasal keselamatan keluarga, anda meIanggar batasan”.

Demikian kata penyanyi Caprice, 33, yang memberitahu terdapat seorang lelaki mengnggu isterinya, Farra Inalis.

Caprice turut meminta lelaki tersebut datang berjumpa dengannya untuk meminta maaf dalam tempoh 24 jam atau tindakan tegas akan diambil.

Menurutnya, perbuatan lelaki itu menghantar mesej WhatsApp kepada isterinya pada waktu malam adalah sangat meIampau.

“Pertama, saya tak kisah kalau ada yang benci saya. Itu terpulang tetapi apabila anda mula kacau isteri dan anak saya, hubungi isteri saya pada waktu malam itu sudah meIampaui batas.

“Anda ada masa 24 jam untuk jumpa dan minta maaf depan-depan. Kali pertama dapat mesej itu, kami beri amaran kerana fikir mungkin mamat (lelaki) ini giIa.

“Tetapi tidak, hari ini (kelmarin) dia terus mesej isteri saya. Jangan main giIa terutama tentang keluarga,” katanya.

Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli membuat perk0ngsian tersebut di Instagram dengan mendedahkan wajah, nombor telefon serta mesej individu yang dimaksudkan.

Di ruangan komen, rata-rata peminat menyok0ng tindakan tegasnya untuk melindungi keluarga.

“Awak melakukan perkara yang betul. Semoga Allah melancarkan dan memberi jalan,” kata seorang pengikutnya.

Penyanyi dan pengasas aplikasi pendidikan ini juga turut meluahkan kebimbangan terhadap isu keselamatan insan tersayang dengan membalas kepada komen seorang peminatnya,

“Pertama yang saya bimbangkan adalah keselamatan isteri dan anak. Takkan nak pasang ‘bodyguard’? Tak sangka ada orang macam ini,” katanya.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Caprice dan Farra, 27, mendirikan rumah tangga pada pertengahan November tahun lalu. – Sumber & video dipetik dari Xtra, Harian Metro, Instagram Caprice

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] “Hubungi Isteri Saya Pada Waktu Malam Itu Sudah MeIampaui Batas” – Caprice Ajak Lelaki Tersebut Bersemuka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*