’SekeIip Mata Danish Pergi..’ Anak 2 Tahun MeninggaI Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

Sedih rasanya apabila mendengar luahan seorang bapa yang telah kehilangan anaknya dalam sekelip mata. Siapa sangka permata hati yang dinanti-nantikan ini akhirnya ‘pergi’ buat selamanya.

Emosi pilu, sebak bercampur baur apabila membaca luahan ayah ini yang kehilangan anak tunggalnya secara mengejut. Tambah memilukan, Muhammad Nurfaiq Danish atau lebih mesra dengan panggilan Faiq meninggaI dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Demam panas dan batuk tidak kebah

Menurut Bob Zackariyya, anaknya sudah demam dan batuk sejak seminggu yang lalu. Sudah beberapa kali ulang alik ke hospital tetapi ketika itu keadaan nadinya masih pada tahap yang normal.

Jelasnya, doktor meminta untuk membawa permata hati mereka sekali ke hospital pada Isnin untuk mengambil drah, namun perancangan Allah lebih baik, anaknya dijemput Ilahi sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Bagaimanapun, kata ayahnya punca kmatian masih belum diketahui kerana masih menunggu keputusan drah.

Ibarat penyeri dalam rumah sudah tidak ada.

“Ibarat penyeri dalam rumah sudah tidak ada suara budak. Tidak ada orang yang kita nak main. Dia anak yang pertama dan tunggal sebab itu rasa terkesan sangat-sangat,” ujar ayahnya dalam keadaan sbak.

“Arwh pergi sebagai anak Syurga”

Terima kasih atas kenangan 2 tahun 3 bulan. Walaupun hanya seketika tetapi ibu dan ayah anak syurga ini rasa seperti rasa sungguh lama bersamanya.

“Tiada apa dapat diucapkan melainkan jutaan terima kasih kerana mendoakan arwh anak saya Muhammad Nurfaiq Danish dan ucapan semangat untuk kami sekeluarga agar terus kuat lalui hari-hari tanpa satunya si penyeri kami di sisi.”

“Sesungguhnya perancangan Allah itu maha indah, arwh pergi sebagai anak Syurga bukan sebagai anak soleh yang kami impikan. In shaa allah kami akan kuatkan hati untuk menerima takdir yang Esa.

“Pasti arwh sedang tersenyum gembira melihat ramai orang sayang dan mendoakannya,” ujarnya si ayah yang menahan rindu pada anak syurganya.

Salam takziah, moga keluarga tabah dan kuat dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang. Alfatihah buat  Muhammad Nurfaiq Danish anak syurga. – Sumber dipetik dari Bob Zackariyya, SK

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "’SekeIip Mata Danish Pergi..’ Anak 2 Tahun MeninggaI Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*