“Saya Beli Dengan Titik Peluh Sendiri” – Amar Baharin Bengang Dengan Pihak Pengurusan Rumah

Sekali lagi masalah berkaitan dengan isu perumahan heboh diperkatakan selepas insiden yang terjadi kepada pengacara Awal Ashaari heboh diperkatakan ramai.

Artikel Berkaitan: Awal Ashaari Didakwa Melakukan ‘Khianat’ Mer0sakkan Palang Pagar

Terkini, pelakon Amar Baharin turut berk0ngsi masalah berkaitan isu rumah apabila pihak pengurusan Joint Management Body (JMB) di kawasan kediaman miliknya yang terletak di Semenyih tidak membenarkan aktiviti penggambaran di premis tersebut.

Menerusi perk0ngsian yang dimuat naik di Instagram, Amar mempersoalkan mengenai hak dirinya selaku pemilik rumah berkenaan.

“Saya pemilik mutlak rumah itu namun tidak menetap sepenuhnya di situ disebabkan lebih banyak kerja di Kuala Lumpur dan menetap di rumah saya di sana.

“Sebagai pelakon saya sering menggunakan kediaman sendiri untuk penggambaran dan saya akur setiap aktiviti keluar masuk di rumah memerlukan kebenaran pihak pengurusan.

“Tetapi baru-baru ini saya didatangi oleh wakil dari JMB dan meminta bukti kebenaran penggambaran di rumah saya. Wakil saya telah berhubung dengan pihak pengurusan dan mengesahkan kebenaran tetapi JMB tidak berpuas hati dan cuba mencari salah saya,” katanya.

Menurut Amar, tindakan yang dilakukan terhadapnya itu merupakan satu perbuatan ‘giIa kuasa’ pihak berkenaan.

Tambah Amar, setiap individu perlu menjalinkan hubungan baik dalam kalangan jiran dan bukan hanya mencari masalah apabila diberikan kuasa.

“Apa guna saya sebagai pelakon membeli rumah di kawasan yang tidak dibenarkan untuk buat penggambaran sedangkan itu kerjaya saya dan saya beli rumah tersebut hasil titik peluh sendiri.

“JMB ni bila ada kuasa setahun dah lupa diri. Belum jadi wakil rakyat. Sampai mesyuarat agung tahunan pasti kena tukar,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Sumber dipetik dari Xtra, Instagram Amar Baharin

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "“Saya Beli Dengan Titik Peluh Sendiri” – Amar Baharin Bengang Dengan Pihak Pengurusan Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*