Isu Tambang e-hailing Naik ‘MenggiIa’, Menteri Pengangkutan & Grab Malaysia Tampil Beri Penjelasan

Isu mengenai caj tambang perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia sering menjadi perbualan hangat di serata media sosial di mana harga tambang Grab dipercayai semakin melambung dan membebankan pengguna.

Susulan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tampil mendedahkan dua sebab mengapa caj tambang Grab naik iaitu penawaran dan permintaan tidak seimbang terhadap perkhidmatan serta kesesakan lalu lintas memuncak menjadi faktor utama menyebabkan lonjakan tambang e-hailing.

“Beberapa syarikat e-hailing juga menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus, berbanding sebelum C0VID-19 melanda Malaysia.

“Kekurangan pemandu e-hailing ini secara tidak langsung menyebabkan masa menunggu kenderaan di beberapa tempat menjadi lebih lama daripada dijangka,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Grab Malaysia turut tampil menjelaskan mengenai faktor yang menyebabkan caj tambang mahal pengangkutan e-hailing tersebut yang dianggap ‘mncekik drah’ pengguna.

Menurutnya dalam satu kenyataan rasmi berkata jumlah pemandu di platform mereka masih kurang 70% daripada keadaan sebelum pandemik.

“Kami perlu terangkan dengan jelas, bahawa kami tidak membuat sebarang perubahan terhadap struktur tambang. Grab menerima pakai model harga dinamik bagi memastikan penumpang mendapat perkhidmatan penghantaran apabila mereka memerlukan, dan pemandu kami diberikan bayaran yang adil bagi tenaga dan masa mereka.

“Apabila jumlah yang menempah perkhidmatan terlalu ramai berbanding jumlah pemandu di sedia ada di kawasan tertentu, caj tambang akan melonjak bagi menggalakkan lebih ramai pemandu ‘menghala’ ke arah lokasi penumpang,” katanya.

Bagaimanapun, Ka Siong berkata beliau tidak akan berdiam diri dan memastikan pihak kerajaan terus memantau industri e-hailing untuk memastikan isu seperti ini tidak berlanjutan.

“Kami akan terus memantau industri e-hailing untuk memastikan keadilan dan mengelakkan beban yang tidak wajar kepada pengguna,” katanya.– Sumber dipetik dari Getaran.my, Free Malaysia Today

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Isu Tambang e-hailing Naik ‘MenggiIa’, Menteri Pengangkutan & Grab Malaysia Tampil Beri Penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*