‘Berakhir Sebuah Penantian..’Selepas Seminggu HiIang Di Laut, Akhirnya Jasad Ayah Ditemukan

Penantian keluarga kepada nelayan, Tuan Razali Wok yang terjatuh di laut berakhir apabila myat lelaki terbabit ditemukan pada pagi hari ini.

Anak bongsu mngsa, Tuan Nurul Hidayah Tuan Razali, 37, berkata, bapanya yang dipanggil Bak, 74, itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa, namun dia dan keluarganya terutamanya ibu mereka redha dan bersyukur.

“Siang malam kami berdoa dan menunggu Bak pulang biarpun dalam keadaan tidak bernyawa.

“Syukur Alhamdulillah pagi ini penantian berakhir. Allah makbulkan doa kami. Pemergian Bak sudah dijangka dan bersyukur sekurang-kurangnya ada tanda,” katanya ditemui selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Muhammad Zawawi Salleh di rumah keluarganya di Kampung Raja, Chendering, Terengganu, hari ini.

Tuan Nurul Hidayah berkata, dia menerima berita penemuan bapanya daripada ibu saudaranya yang bekerja di Lembaga Pelabuhan Ikan Malaysia (LKIM) pada 8 pagi.

Menurutnya, walaupun myat warga emas terbabit masih dalam perjalanan ke Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tetapi dia yakin myat ditemui itu adalah ayahnya berdasarkan warna pakaian dipakai iaitu baju biru dan berseluar hitam.

Katanya, myat itu ditemukan anak rakan ayahnya yang dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan kira-kira 30 batu nautika dari sini pada 7 pagi.

“Walaupun belum melihat myat berkenaan, namun kami yakin berdasarkan warna baju dan seluar yang dipakai, myat itu adalah Bak,” katanya.

Tuan Nurul Hidayah mewakili keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat mencari ayahnya itu termasuk abang, Tuan Romzi, 51, yang tidak kenal erti penat apabila siang dan malam turun ke laut.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Razali Wok. Moga kuat dan tabah dengan kehilangan insan tersayang. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Berakhir Sebuah Penantian..’Selepas Seminggu HiIang Di Laut, Akhirnya Jasad Ayah Ditemukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*