[VIDEO] Fedtri Yahya Jelaskan Maksud Sebenar Lirik ‘Miskin, Hina’ Dalam Lagu Sesuci Lebaran

Lagu ‘Sesuci Lebaran’ yang didendangkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza sudah menjadi ‘lagu wajib’ dipasang sejak hampir 20 tahun lalu setiap kali musim perayaan tiba.

Bagaimanapun, baru-baru ini tuIar satu video TikTok di mana seorang lelaki mempertikaikan bait-bait lirik yang menyebut perkataan ‘Bantulah miskin, hina’ sebagai t0ksik kerana dia merasakan perkataan itu seperti menghina golongan miskin.

Bagi menjernihkan keadaan, pengacara dan personaliti terkenal, Ahmad Fedtri Yahya tampil menjelaskan bait lirik ‘miskin, hina’ itu tidak bermaksud kita menghina orang miskin tetapi menurutnya ia hanya perkataan menunjukkan miskin itu tarafnya lebih rendah dari kaya.

“Perkataan itu bukanlah untuk mengutuk atau menghina tetapi ia menunjukkan merendah diri status sosialnya.

“Dalam doakan pun kita digalakkan ‘menghina diri’ kepada Allah, merendah diri untuk sesuatu yang baik.

“Kita letak dirikan taraf yang bawah di atas Allah yang berkuasa. Kena banyakkan membaca, kerana bahasa Melayu ni banyak maksud, kiasan dan falsafahnya,” terang beliau.

Penerangan yang dik0ngsikan oleh Ahmad Fedtri ringkas tetapi padat dengan jawapan itu telah disambut baik oleh warganet.

Orang ramai bersetuju dengan pendapat Ahmad Fedtri, di mana Bahasa Melayu mempunyai nilai kesusasteraan yang sangat tinggi dan tidak boleh ‘direct translate‘ secara terus.

Pemuat naik video asal dipercayai sudah pun memadam video yang telah mencet0skan kontr0versi di media sosial ketika orang ramai sudah mula masuk mood berhari raya, setelah hampir dua tahun tertangguh ekoran wabak C0VID-19.

Lelaki itu juga dengan merendah diri mengakui kekhilafan dan ceteknya ilmu Bahasa Melayu sehingga boleh mencetuskan rasa kurang senang majoriti pihak yang ‘membesar’ dan ‘berhari raya’ dengan lagu ‘Sesuci Lebaran’ itu.

‘Buang yang keruh, ambil yang jernih’, semoga penjelasan oleh Ahmad Fedtri membuatkan orang ramai lebih berhati-hati semasa mahu mengupas bait-bait lirik Bahasa Melayu, lebih-lebih lagi lagu klasik yang kaya dengan kiasan.

VIDEO 1:

👉 LINK VIDEO

Sementara itu, anda boleh tonton Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyanyikan ‘lagu wajib Hari Raya’ secara live menerusi video yang dik0ngsikan di bawah.

VIDEO 2:

Sumber & video dipetik dari The V0cket,Youtube Melet0p

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Fedtri Yahya Jelaskan Maksud Sebenar Lirik ‘Miskin, Hina’ Dalam Lagu Sesuci Lebaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*