Bapa Penyanyi Sharifah Zarina MeninggaI Dunia Ketika Solat Di Masjid

“Raya ni dia minta saya belikan baju ‘pag0da’ sebab nak pakai baju dalam. Saya sudah beli dan sepatutnya balik esok. Tapi, dia tak tunggu saya,” kata penyanyi Sharifah Zarina yang kehilangan bapa tercinta, Wan Hasan Syed Jamil, 69, apabila disahkan meninggaI dunia di Masjid Ar Rahman, Kuching Family Park, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, jam 8.30 malam, semalam.

Sharifah Zarina ketika dihubungi berkata, ayahnya rebah ketika mahu menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum masuk waktu Isyak.

“Ayah baru nak angkat takbir, dia terus rebah. Waktu itu nadi ada lagi. Tapi belum sempat ambulans sampai ayah sudah meninggaI.

“Ayah ada pnyakit drah tinggi. Tapi dia pandai kawal dan ubat sentiasa makan. Dia juga tak pernah dimasukkan hospital,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zarina, kali terakhir dia berjumpa bapanya pada Februari lalu dan mesej mengenai Lailatul Qadar adalah perbualan terakhir mereka yang dihantar bapanya di kumpulan (Grup) WhatsApp, petang semalam.

“Pada Februari lalu saya ada balik kampung. Tak sangka itu pertemuan terakhir kami. Petang semalam dia berk0ngsi mengenai Lailatul Qadar di Grup WhatsApp. Kawan-kawan ayah cakap dia juga hantar di banyak grup mesej dan secara peribadi.

“Malah, ayah siap minta maaf pada kawan-kawan, dia cakap mungkin ini Ramadan terakhir buat dirinya. Saya ingat lagi, dia selalu cakap pada kami adik beradik, dalam solat minta doa supaya ‘mati’ dalam keadaan mudah, di tempat baik dan malam Jumaat.

“Alhamdulillah, ayah dapat semua itu. Dia meninggaI menjadi buah mulut orang. Dia banggakan kami pada saat akhir. Kalau nak tahu, dia sangat istiqomah dalam ibadah. Penat mana dia, tak pernah tinggal solat sunat tahajud,” katanya.

Sharifah Zarina berk0ngsi, jnazah bapanya dijangka dikebumikan di Tanah Perkub0ran Islam Semariang selepas solat Jumaat, hari ini.

“Insya-Allah jnazah ayah dikebumi selepas Jumaat. Saya terkejut apabila adik cakap, ayah dapat kub0r sebelah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Allahyrham Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

“Difahamkan di situ untuk orang-orang kenamaan dan pembesar negeri. Tapi ayah saya orang biasa saja. Saya pun tak tahu apa lagi amalan dia yang lain dan kebaikan dibuat. Hari dia pergi adalah hari yang orang tunggu,” katanya.

Salam takziah buat Sharidah Zarina dan keluarga, moga tabah hadapi kehilangan insan tersayang. Moga roh allahyarham dicucuri rahmat ditempatkan bersama para solihin. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Bapa Penyanyi Sharifah Zarina MeninggaI Dunia Ketika Solat Di Masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*