[VIDEO] Penganjur MotoGP Indonesia Habiskan RM30,000 Untuk Bayar Khidmat Bomoh ‘Tolak Hujan’

Baru sahaja dirasmikan sekitar beberapa bulan lalu, pastinya ramai yang menantikan sambutan dan keunikan litar Mandalika yang baru sahaja dibangunkan di Indonesia.

Dalam pada itu, litar ini nampaknya tidak menunggu lama dalam mencipta ‘keunikannya’ yang tersendiri dengan kehadiran ‘bomoh hujan’ yang didkwa membantu memulihkan cuaca agar perlumbaan dapat dijalankan selepas mengalami hujan yang lebat.

‘Bomoh hujan’ atau lebih dikenali sebagai Raden Rara Istiani Wulandari yang bertugas ‘mengawal cuaca’ pada acara MotoGP Mandalika telah menjadi sebutan masyarakat di seluruh dunia selepas beliau membuat penampilan pertama di acara MotoGP Mandalika yang berlangsung di Lombok, Indonesia.

Situasi yang berlaku bukan sahaja mengej0tkan warga Indonesia, malah orang ramai seluruh dunia yang terkedu melihat kehadiran ‘bomoh hujan’ yang membawa sebuah sebuah mangkuk serta berjalan berkaki ayam pada litar berkenaan.

Berikut merupakan respon warganet terhadap insiden unik yang berlaku.

Ketika cuaca buruk melambatkan permulaan MotoGP Mandalika, pihak penganjur terpaksa memanggil Raden Rara bagi memberhentikan hujan di litar Mandalika. Difahamkan bahawa hujan renyai mula turun pada penghujung perlumbaan Moto2 dan semakin lebat menjelang permulaan GP Indonesia.

Pengarah perlumbaan memut0skan untuk menangguhkan permulaan GP Indonesia dan Kereta Keselamatan mengelilingi litar untuk memeriksa keadaan trek dalam hujan lebat. Lorong pit pada asalnya akan dibuka semula pada 15:55 tetapi jawatankuasa itu sekali lagi menangguhkan permulaan untuk masa yang tidak ditentukan.

Menurut laporan Trans7 yang menyiarkan acara secara langsung, kelihatan Raden Rara berjalan di sekitar litar sambil membawa mangkuk dan kelihatan membaca beberapa mantera.

Memetik laporan Kompas, difahamkan bahawa Raden Rara telah dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak penganjur. Dia yang ditemubual di sekitar kawasan Litar Antarabangsa Mandalika tidak teragak-agak untuk berkongsi bayaran yang diperoleh oleh beliau sepanjang acara MotoGP berlangsung di Indonesia.

Bomoh yang mesra dipanggil Rara itu berkata bahawa dia dibayar sebanyak Rp 5 juta (RM1,500) sehari. Rara Istiani yang sudah bekerja selama 21 hari untuk acara perlumbaan motosikal dunia memperoleh sebanyak Rp 105 juta (RM30,000) sepanjang acara perlumbaan dunia itu berlangsung. Dia berkata bayaran ini setimpal kerana dia diminta untuk bekerja tidak kira siang mahupun malam.

Mengenai tugasnya mengawal hujan, Rara menjelaskan bahawa beliau bukan sahaja ditugaskan untuk mengendali hujan semata-mata. Tetapi dia juga bertanggungjawab membawa hujan ke arah yang lain dan memastikan suhu di sekitar litar tidak begitu tinggi.

“Oleh kerana ia adalah program, litar tidak boleh terlalu panas. Supaya suhu (litar) tidak sampai mengelupas, kita perlu mengekalkannya di bawah 50 darjah Celsius. Bila pagi diminta cerah, renyai-renyai sedikit sahaja,” jelasnya.

Raden Rara berasal dari Yogyakarta, beliau datang ke Mandalika setelah dilantik oleh Pusat Pembangunan Pelancongan Indonesia dan Persatuan Grand Prix Mandalika (MGPA) untuk mengurus ‘cuaca’ sepanjang acara perlumbaan dunia ini berlangsung.

“Kemampuan saya adalah kehendak Tuhan Yang Maha Esa,” jelasnya. Mengenai kebolehannya mengawal hujan, beliau berkata ia adalah ilmu yang dituntut sejak dahulu. “Sejak zaman dahulu lagi, Indonesia terkenal dengan banyak kuasa ghaib termasuk mengawal hujan,” dkwanya. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Penganjur MotoGP Indonesia Habiskan RM30,000 Untuk Bayar Khidmat Bomoh ‘Tolak Hujan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*