‘Doa Biar Ambu Cepat Pulang Jumpa Kalian’ – Ucapan Vicha Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anak Buat Netizen Tersentuh

Sebelum ini, pelawak dan pelakon kelahiran Indonesia, Vicha memberitahu dia akan berjuang untuk membawa anak-anaknya menetap bersamanya di Malaysia dan bersekolah di sini. Vicha mahu mereka semua tinggal bersama dan menjalani kehidupan seperti biasa untuk selamanya.

Terbaru, Vicha meluahkan ucapan istimewa buat anak sulungnya iaitu Aurael, sempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini.

Maaf tak bisa pulang

Happy Birthday Aurael. Maaf Aurel ambu tak bisa pulang ke Bandung. Harap-harap Aurel enjoy birthday hari ini ya sama keluarga di Bandung. Kita sama-sama berdoa ya biar ambu bisa cepat pulang ketemu kalian semua.

Menurut Vicha, dia berharap anaknya itu gembira menyambut ulang tahun kelahiran di Bandung bersama ahli keluarga yang lain. Sebagai ibu, Vicha berharap dia dapat bertemu dengan anak-anak secepat yang mungkin. Vicha turut mendoakan agar anaknya itu semakin pintar dan boleh menjaga kedua-dua adiknya dengan baik.

Bercerita lebih lanjut, Vicha memberitahu Aurael seorang yang matang dan rajin mengemas rumah. Pada masa yang sama, karakter Aurael dan suaminya yang sekarang mempunyai banyak persamaan.

Sama birthday dengan daddy

Aurel ni sangat dewasa dan sangat kemas orangnya. Tak suka bersep4h, sama macam Daddy. Mentang-mentang birthday mereka sama, karakter mereka pun almost sama. Dewasa, pembersih, rajin dan penyabar. I love u so much.

Tambah Vicha lagi, suaminya iaitu Johnson turut menyambut ulang tahun kelahiran pada hari yang sama dengan Aurael. Jelas Vicha, dia berterima kasih kepada Johnson kerana sudi untuk hidup susah senang bersamanya selama tujuh tahun ini. Vicha turut mendoakan suaminya agar panjang umur, dimurahkan rezeki, saling memahami dan yang paling penting menyayangi kesemua anak-anaknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : OHBULAN

Be the first to comment on "‘Doa Biar Ambu Cepat Pulang Jumpa Kalian’ – Ucapan Vicha Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anak Buat Netizen Tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*