Uztaz Ini Secara Tiba-Tiba Diserng Oleh Lelaki Ini Ketika Sedang Memberi Ceramah Namun Ini Yang Terjadi Pada Lelaki Itu Selepas Serng Penceramah

Disebabkan ingin membela seorang penceramah daripada diserang oleh seorang individu, sekumpulan jemaah wanita nekad memvkul individu lelaki berkenaan di Masjid Baitussyuakur, Kota Batam, Indonesia.

Tiba-tiba serang penceramah

Menerusi video yang dimuat naik oleh jadetabek.info di Instagram memaparkan seorang penceramah yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syahid Chaniago sedang memberi ceramah dan secara tiba-tiba muncul seorang lelaki dan menyerngnya di hadapan jemaah.

Kejadian berkenaan membuatkan suasana menjadi kelam kabut dan jemaah-jemaah wanita berkenaan kelihatan begitu panik lalu mengejar penyerang tersebut. Dalam pada itu, turut kelihatan seorang wanita yang memakai baju warna hitam sempat memvkul penyerang terbabit di kepala.

Menurut pengurus masjid, Hendri Marzon, akibat daripada kejadian tersebut, penceramah berkenaan luka di bahagian pipi kanan dipercayai ditndang oleh penyerang terbabit.

Peristiwa itu terjadi masa jemaah wanita sedang mengikuti pengajian rutin biasa yang dilakukan setiap pagi Isnin.

Lapor Tribun News, lelaki berkenaan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan motif serngan masih belum dikenal pasti.

Video penuh :

Sumber : Tribun News, Jadetabek.info Via OB

Be the first to comment on "Uztaz Ini Secara Tiba-Tiba Diserng Oleh Lelaki Ini Ketika Sedang Memberi Ceramah Namun Ini Yang Terjadi Pada Lelaki Itu Selepas Serng Penceramah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*