Happy Betul Adik Beradik Menari Sakan Bila Baju Dan Katil Ayash Affan Dah Siap

Shuib sekeluarga ketika ini masih menunggu kehadiran ahli keluarga baru iaitu anak bongsu Shuib yang diberi nama Ayash Affan.

Sejak dilahirkan, baby Ayash Affan telah dimasukkan ke NICU untuk pemantauan lanjut kerana lahir tak cukup bulan.

Sehingga kini, Shuib dan family masih lagi belum diberi kebenaran untuk menatap wajah anaknya itu atas pelbagai faktor.

Dalam perkembangan terkini, Shuib ada mengatakan Ayash Affan dalam keadaan yang baik, malah dikhabarkan, kemungkinan boleh keluar hospital kurang dari masa sebulan, mungkin dalam dua atau tiga minggu dari sekarang.

Saya tak dapat nak confirm kan atau pastikan bila baby boleh balik. Doktor cakap kena tunggu dalam tempoh dua tiga minggu lagi. Apapun, keadaannya semakin stabil dan berat dah naik agak banyak.

Kurang dari sebulan nak sambut ketibaan baby Ayash Affan, Shuib sekeluarga amat teruja dan sudah pun bersiap sedia dengan segala kelangkapan baby.

Menerusi dua buah video di laman Youtube miliknya, Shuib menunjukkan katil dan baju untuk Ayash telah pun sampai dan dah ready.

Ini video yang dimuatnaik oleh Shuib berkaitan barang persiapan untuk baby Ayash Affan. Jom layan.

Tengok minit kedua tu, sampai menari Matin

Dari video, memang jelas semua pun teruja. Sampaikan adik beradik semuanya senyum lebar dan menari sakan, tak sabar nak tunggu kehadiran adik mereka.

Jelas Shuib, dia tak adalah nak berbelanja sakan, hanya beli sikit-skit saja, malah mengatakan masih ada lagi baju abang-abangnya.

Takde lah saya berhabis beli barang sangat. Baju abangnya pun masih ada lagi, simpan untuk dia, tapi apapun, insyaallah, kami beli sikit demi sikit baju baru. Syukur alhamdulillah, katil baby pun sudah sampai. Itu saja lah perkembangan terbarunya.

Sama-sama kita doakan semua urusan untuk baby Ayash Affan akan dipermudahkan, dan jangan lupa teruskan doa untuk arwah Siti Sarah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Happy Betul Adik Beradik Menari Sakan Bila Baju Dan Katil Ayash Affan Dah Siap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*