Diva AA Minta Diampunkan Arwh Siti Sarah Dan Keluarga Kerana Pernah Tanya Soalan Panas Macam Ini Padanya

Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin, 37, semalam, ternyata memberi impak besar bukan saja kepada ahli keluarganya, namun di kalangan peminat dan juga rakan artis yang bersama-sama dalam industri hibura

Sumber: Yahoo

Antara rakan artis yang terkesan ialah bekas pengacara terkenal, Azwan Ali ataupun yang lebih mesra digelar Diva AA yang mengucapkan takziah kepada Shuib dan keluarga atas pemergian Siti Sarah.

Menurut Diva AA menerusi video TikTok, dia yang serba hitam di dalam video tersebut meluahkan rasa pilunya atas apa yang berlaku dan sempat ‘recap’ semula kenangannya bersama arwah.

Sumber Video : Tiktok

“Minta maaf ada soalan dalam program Amboi, amboi, amboi dan Chit Chat”

Pernah bertanyakan soalan maut kepada Siti Sarah ketika mengacarakan beberapa program TV, Azwan Ali memohon maaf kepada arwah dan memuji sikap Sarah yang menjawab soalan yang diajukannya dengan tenang.

Diharap video ini sampai kepada tuan empunya badan, tak lain tak bukan to Shuib dari Sepahtu yang telah kehilangan isteri tersayang, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

“Salam takziah, just move on dan jaga anak-anak baik-baik. Diva AA cuma nak recap sikit, kenangan banyak kali bekerja dengan arwah. Minta ampun sebab ada soalan maut dalam Amboi, Amboi, Amboi Astro atau chit chat zaman tu.

“Arwah sangat selamba menjawabnya, sangat vocal, dia tidak takut dengan soalan Diva AA. Diva AA minta diampunkan. Semoga tenanglah roh arwah di sana. Tak tahulah bila dapat berjumpa Shuib dan semua,”katanya.

Meskipun video tersebut telah ditutup ruang komen, ia telah mendapat lebih 21,000 likes dari pengguna TikTok.

Diharapkan mereka yang rapat dengan arwah tabah menerima pemergiaan Siti Sarah yang sangat mengejut ini. Al Fatihah.

Sumber : Lobak Merah

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Diva AA Minta Diampunkan Arwh Siti Sarah Dan Keluarga Kerana Pernah Tanya Soalan Panas Macam Ini Padanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*