Zahid gesa buka parlimen cepat, sekali dia p0sitif C0vid. Rupanya bukan dia sorang je kena

Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan ketetapan kerajaan berhubung Parlimen hanya boleh bersidang selepas negara memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara sebagai tidak masuk akal.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Parlimen seharusnya bersidang secepat mungkin sebagai tonggak demokrasi terpenting di Malaysia.

“Saya tidak pasti apa kaitan 40 peratus populasi negara ini menerima dua dos suntik4n v4ksin, baru Parlimen akan dibenarkan bersidang semula iaitu dianggarkan sekitar September atau Oktober tahun ini.

“Sedangkan barisan Ahli Parlimen sudah lama menerima suntik4n v4ksin c0v1d-19 yang bermakna sidang Parlimen sepatutnya adalah selamat untuk diadakan,” katanya menerusi Facebook malam ini.

Ahmad Zahid berkata, lebih mengelirukan apabila dimaklumkan semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi pada fasa ketiga kecuali pada bagi aktiviti yang berada dalam senarai neg4tif. Senarai negatif fasa ketiga yang tidak dibenarkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi j4ngkitan c0v1d-19 termasuk pub, spa dan salon kecantikan.

“Adakah ini bermakna Parlimen yang merupakan lambang demokrasi negara diletakkan dalam senarai neg4tif yang sama seperti pub, spa dan salon kecantikan?

“Pihak manakah yang sebenarnya sengaja cuba menimbulkan keresahan dan kecelaru4n dalam kalangan rakyat berkenaan prinsip demokrasi berparlimen?” katanya.

“Sidang Parlimen masih boleh diadakan secara maya seperti yang dilakukan di kebanyakan negara lain. Parlimen sebagai badan legislatif mewakili suara serta hak rakyat dan badan perundangan tertinggi di

Malaysia. Parlimen sebagai proses semak dan imbang terhadap perbelanjaan serta pentadbiran negara supaya ia telus dan jujur demi kepentingan rakyat,” katanya.

Zahid Hamidi antara 35 yang disahkan p0sitif

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, dilaporkan antara 35 individu yang p0sitif C0VID-19.

Kesemua 35 individu berkenaan selain Ahli-Ahli Parlimen ialah petugas-petugas Parlimen yang menjalani ujian saringan pada Jumaat, lapor portal Utusan Malaysia.

Selain itu, portal berkenaan tersebut turut melaporkan terdapat Ahli Parlimen yang mempunyai kontak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan.

Sementara itu, Astro AWANI dimaklumkan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon

serta kesemua pegawainya adalah neg4tif C0VID-19 selepas menjalani ujian, kata Pegawai Komunikasi Strategik beliau, Muhammad Afiq Mohd Hanif.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan tiga Ahli Parlimen didapati gagal dalam ujian saringan c0v1d-19 semalam.

Sumber memberitahu Astro AWANI, empat orang lagi Ahli Parlimen disahkan kontak rapat.

Difahamkan ketujuh-tujuh Ahli Parlimen itu kini dilaporkan sedang menjalani kuar4ntin wajib.

Sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika membentangkan Pelan Pemulihan Negara  berkata, pembukaan semula sidang Parlimen berupaya dilakukan menjelang fasa ketiga apabila beberapa keadaan semasa dalam negara, khususnya berkaitan pand3mik c0v1d-19 melakar perkembangan positif.

Ia merangkumi penurunan purata kes harian c0v1d-19 hingga bawah 2,000 kes, manakala sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penyusutan kadar penggunaan katil di unit raw4tan rapi (ICU) ke paras mencukupi selain 40 peratus populasi menerima dua dos suntik4n v4ksin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TS

Be the first to comment on "Zahid gesa buka parlimen cepat, sekali dia p0sitif C0vid. Rupanya bukan dia sorang je kena"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*