Terima 7 Hari Notis Penamatan Servis, Giliran Deen Pula Tinggalkan Hot FM

Selepas Mark Adam dan Fizie meninggalkan radio Hot FM, hari ini giliran seorang lagi penyampai radio saluran tersebut yang menamatkan perkhidmatannya selepas 10 tahun bersama-sama menemani para pendengar.

Nordin Madian atau lebih dikenali sebagai Deen Hot FM turut sama meninggalkan radio berkenaan selepas menerima notis 7 hari penamatan servis sebagai seorang penyampai radio.

Hal tersebut dinyatakan sendiri olehnya menerusi laman Intagram sebentar tadi iaitu pada hari terakhir keudara bersama rakan penyampai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by deen (@deen_hotfm)

Dalam kenyataan tersebut lagi, jejaka berasal dari Sarawak ini , dia menerima keputusan tersebut secara profesional dan mengucapkan terima kasih kepada Hot FM kerana memberinya peluang berkhidmat dalam stesen radio tersebut.

Deen juga memaklumkan perancangannya selepas ini adalah untuk menyambung pengajian yang sudah lama tertunda sejak tahun lepas dan akan mendaftarkan diri mengikuti pengajian pada Oktober depan ketika bermulanya semester baru.

Deen juga memberitahu yang passionnya memang sebagai ‘orang radio’ dan tidak menolak kemungkinan akan berhijrah ke stesen lain andai mempunyai peluang.

Jadi, jika ada mana-mana pihak yang memerlukan perkhidmatan yang bersesuaian dengan pengalaman serta kelayakkannya boleh menghubungi secara terus.

Deen merupakan penyampai radio Hot FM yang keudara bersama Fad Bocey dan Haziq Hussni di segmen Trio Jam Hot. Perkhabaran penamatan kontraknya telah disambut dengan rasa sayu daripada rakan-rakan penyampai dan masing-masing memuat naik ucapan terima kasih serta mendoakan agar Deen berjaya di luar sana.

Terdahulu, Fizie dan Mark Adam menjadi dua penyampai Hot FM yang terawal mengucapkan ‘selamat tinggal’ buat stesen radio berkenaan. Walau bagaimanapun, Riena Diana terselamat dan kontraknya masih valid serta masih meneruskan kerjaya yang baru di bina sebagai penyampai radio di stesen radio tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OMM

Be the first to comment on "Terima 7 Hari Notis Penamatan Servis, Giliran Deen Pula Tinggalkan Hot FM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*