Tahniah! Kini ‘Pocket Rocket Man’, Azizulhasni Bergelar Datuk

Tahniah di ucapkan kepada pelumba basikan negara,Mohd Azizulhasni Awang yang barus sahaja mendapat gelaran Datuk hari ini. Menurut laporan dari Astro Awani, Azizulhasni dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.).

Walaubagaimanapun, Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Datuk Isa @ Ghazali Endut dalam satu kenyataan hari ini berkataIsa berkata Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Tahun 2021 itu akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Azizulhasni merupakan atlet kelahiran Dungun, Terengganu. Sebelum ini, beliau telah meraih banyak pingat dalam pertandingan antarabangsa kerana berjaya mengatasi beberapa pelumba basikal profesional terbaik di dunia.

Digelar Pocket Rocket Man, kerana tubuh badannya yang kecil. Azizul merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.

Pencapaian terbesar Azizulhasni ialah memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 dan pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Brazil dalam acara keirin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MURAI

Be the first to comment on "Tahniah! Kini ‘Pocket Rocket Man’, Azizulhasni Bergelar Datuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*