Nadir Bagi Respon lsu Sesi Live Semalam, Ebit Lew Tanya Mana Sumbangan RM20 Juta Rakyat Malaysia

 

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4z4 Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di P4l3st1n.

Ebit Lew dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya tadi berkata, dia tidak membawa duit sesiapa daripada kutipan tabung kerana pihak tidak pernah membuka sebarang tabung G4z4.

“Saya pergi sana dengan duit saya sendiri dan tidak pernah buka satu tabung pun untuk ke G4z4, P4l3st1n. Saya pergi dengan duit saya bersama sahabat yang sangat rapat dengan saya dan juga ada beberapa rakan di Facebook yang menyumbang.

“Ramai m4ki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM 20 j.uta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?.

“Saya yakin dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM 20 juta, ada resit ada bukti?,” katanya.

Ebit juga menjawab persoalan yang dibangkitkan Muhammad Nadir Al-Nuri mengapa pihaknya membeli barang keperluan di Cairo, Mesir, di mana katanya persoalan itu sepatutnya tidak dibangkitkan kerana satu-satunya NGO dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

“Sebenarnya soalan ini tidak patut wujud, kerana satu-satunya NGO yang dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

“Hal-hal bantuan memang melalui persatuan Bulan Sabit Merah Mesir. Saya beli barang perubatan empat lori di Mesir, semua sudah masuk. Di G4z4 juga saya ada beli barang sumbangan. Saya guna juga duit saya beli barangan di Mesir,” katanya.

Ebit kemudian menyebut dua individu yang banyak menyentuh namanya mengenai misi di G4z4 iaitu rapper Caprice dan rakyat Malaysia yang menetap di sana yang juga merupakan Pegawai Eksekutif Cinta G4z4 Malaysia, Nadir Al Nuri.

Dalam salah satu perkongsian panjang lebar beliau tentang persoalan-persoalan yang dilemparkan, UEL ada menjawab berkenaan tvduhan Caprice yang mendakwa beliau membawa lari kertas kerja misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa selebriti dan pihak tertentu.

Dalam pada itu, menyedari pertanyaan dari Ebit Lew tersebut, Nadir memuat naik IG story membanyangkan beliau dalam keadaan tenang dan masih sibuk dengan kerja-kerja k0rban di sana

Menurut Nadir lagi, kerja NGO mereka selama ini ada hitam putih dan tak ada apa-apa masalah

Sama-sama kita nantikan penjelasan dari Nadir.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MR

Be the first to comment on "Nadir Bagi Respon lsu Sesi Live Semalam, Ebit Lew Tanya Mana Sumbangan RM20 Juta Rakyat Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*